Kedai RuncitPilihan Editor

Marrybrown Buka Cawangan Pertama Di Australia

Marrybrown mencipta sejarahnya yang tersendiri menerusi pembukaan cawangannya yang pertama di Australia.

Cawangan pertama itu terletak di Burwood One Shopping Centre, di Melbourne.

Ia tidak terhenti di situ sahaja apabila jenama tempatan itu turut merancang untuk membuka dua cawangan baharu di pusat bandar Melbourne CBD sebelum akhir tahun ini dengan salah satunya berada di mercu tanda berprestij Melbourne, Crown Casino.

Bagi jangka panjang, Marrybrown membayangkan pertumbuhan yang lebih tinggi dalam pasaran Australia untuk membuka 30 lagi cawangan di seluruh Australia, merentasi pelbagai negeri.

Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown, Datuk Joshua Liew, berkata pihaknya amat teruja dengan pelancaran cawangan pertama jenama itu di Australia dan peluang untuk berkongsi minat mereka untuk makanan yang enak dengan penduduk Melbourne dan seterusnya.

“Matlamat kami adalah sentiasa untuk membawa kegembiraan kepada orang ramai melalui makanan yang lazat, dan kami percaya bahawa hidangan istimewa kami, termasuk ayam rangup kami, akan menjadi popular bagi pelanggan Australia dan Malaysia.

“Kami komited untuk menyediakan pelanggan kami pengalaman menjamu selera yang berkualiti tinggi, dan kami berharap dapat mengalu-alukan mereka ke lokasi baharu kami di Melbourne,” katanya dalam kenyataan.

Pembukaan rasmi restoran makanan segera itu disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Tambah beliau, komitmen Marrybrown terhadap kualiti dan perkhidmatan pelanggan dicerminkan dalam keputusannya untuk membuka cawangan pertamanya di pinggir bandar Burwood, terletak di Pusat Beli-belah Burwood One sendiri.

“Langkah ini ditetapkan untuk memberi manfaat kepada pembeli di kawasan itu yang kini akan mendapat akses kepada gabungan unik perisa Malaysia dan Barat jenama itu di mana pembeli boleh menikmati hidangan enak bersama keluarga dan rakan-rakan,” katanya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close