Ekonomi Islam & GlobalGovernans

Johari Ghani Terajui Jawatankuasa Khas Peraturan Produk Anti-Penebangan Hutan Kesatuan Eropah

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, diberi tanggungjawab menerajui Jawatankuasa Khas Peraturan Produk Anti-Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) yang ditubuhkan kerajaan.

Menurut kenyataan Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK), penubuhan jawatankuasa khas itu adalah bagi menerajui dan menyelaras tindak balas menyeluruh negara terhadap peraturan terbabit serta memastikan akses berterusan ke pasaran Kesatuan Eropah (EU).

“Jawatankuasa ini dipengerusikan menteri KPK, dan membabitkan tiga kementerian utama iaitu KPK sendiri, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) serta Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Sebelum ini, Suruhanjaya Eropah (EC) memberi penilaian status ‘risiko standard’ kepada Malaysia baru-baru ini di bawah EUDR.

Baru-baru ini media melaporkan Undang-Undang EUDR akan berkuat kuasa pada 30 Disember ini, sekali gus memberi cabaran besar kepada industri sawit negara.

Pada masa sama, menurut KPK, jawatankuasa kerja itu akan dipengerusikan bersama oleh ketua setiausaha tiga kementerian berkenaan.

Katanya, jawatankuasa itu juga akan berperanan sebagai saluran utama untuk pembabitan Malaysia bersama EC, termasuk penyampaian set data rasmi, kemas kini dasar serta penyertaan dalam pertukaran teknikal.

KPK memaklumkan, usaha menyeluruh kerajaan itu mencerminkan komitmen teguh Malaysia terhadap kelestarian dalam sektor komoditi utama negara termasuk minyak sawit, getah, kayu dan koko, yang secara keseluruhan menjana nilai eksport global sebanyak RM186 bilion sepanjang tahun 2024.

“Mesyuarat pertama jawatankuasa diadakan hari ini di Putrajaya dengan penyertaan wakil kementerian berkaitan dan pakar teknikal.

“Fokus utama adalah untuk menyeragamkan dasar, pelaksanaan teknikal dan kesiapsiagaan data selaras dengan keperluan EUDR,” katanya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close