GovernansMalaysiaPilihan Editor

Kerajaan Bersedia Tambah Peruntukan Program NTW 2024, Daripada RM250 Juta Kepada RM500 Juta.

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

Kerajaan melahirkan kesediaan untuk menambah peruntukan bagi pelaksanaan program National Training Week (NTW) tahun depan, daripada RM250 juta ketika ini kepada RM500 juta.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu Kementerian Sumber Manusia dan HRD Corp menjalankan kajian bagi mengenal pasti padanan antara latihan yang diterima pekerja dengan peningkatan produktiviti dan keuntungan yang direkodkan syarikat.

Sehubungan itu, kerajaan melahirkan kesediaan untuk menambah peruntukan bagi pelaksanaan program NTW tahun depan, daripada RM250 juta ketika ini kepada RM500 juta.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut mengulangi saranannya supaya majikan memberi gaji minimum RM3,000 sebulan untuk graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Walaupun mungkin persatuan majikan tidak setuju, tapi dalam situasi di mana latihan diberikan dan untuk menjadi negara maju dan terus membangun serta berproduktiviti tinggi, ini harus dilayani oleh majikan.

“Kita faham pelaburannya tinggi, pulangan pelaburan diperlukan untuk pemegang taruh dan pelabur, tapu marilah bersama agar pekerja diberi upah yang setimpal dengan latihan dan kemahiran dimiliki,” katanya pada Majlis Kemuncak Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Hadir sama ialah Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar; Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia (KSM), Datuk Seri Dr Zaini Ujang dan Ketua Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp), Datuk Shahul Hameed Dawood.

Sementara itu, Sivakumar dalam ucapannya berkata, tidak dinafikan, Malaysia telah mengorak langkah positif dalam meningkatkan kualiti pendidikan dan latihan tenaga kerja negara selama beberapa dekat ini. Namun, usaha ini tidak berhenti di sini.

“Kita perlu terus berusaha untuk merapatkan jurang kemahiran di samping meningkatkan kemahiran digital rakyat Malaysia, selaras dengan perubahan pesat dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) pada masa kini.

“Kesedaran inilah yang menjadi pemangkin kepada pengenalan NTW 2023 buat julung kalinya. NTW bertujuan untuk memupuk semangat pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan semua rakyat Malaysia,” katanya.

Selain itu, NTW mendorong persekitaran latihan yang kondusif untuk bakat dan pemain industri, serta memperkuat ekosistem peningkatan kemahiran bagi jurulatih dan peserta latihan.

Dari 22 Mei 2023 hingga 28 Mei 2023, Kementerian Sumber Manusia telah menetapkan sasaran tinggi untuk inisiatif ini, iaitu penyertaan 125,000 peserta latihan di seluruh negara, 5,000 jurulatih, penyedia latihan, dan kolaborator, serta 5,000 kursus dalam pelbagai bidang kemahiran. Sasaran Kementerian juga termasuk merekodkan lebih 500,000 jam latihan dengan nilai kos sebanyak RM250 juta dalam nilai latihan sepanjang minggu ini.

Setakat semalam (26 Mei 2023) , kementerian telah berjaya merekodkan 21,052 kursus, 103,823 penyertaan dan 404,312 jam latihan. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close