GovernansPilihan Editor

Kadar Kelulusan Bantuan Pembayaran Semula Disasarkan Adalah 98 Peratus

Sebahagian besar permohonan bagi bantuan pembayaran balik disasarkan yang telah diproses setakat September ini, merekodkan kadar kelulusan sebanyak 98 peratus untuk individu serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Persatuan Bank-Bank Malaysia, Persatuan Perbankan Islam dan Institusi Kewangan Malaysia dalam satu kenyataan bersama berkata bank-bank kekal komited untuk menyokong peminjam/pelanggan yang terjejas memandangkan fasa moratorium yang disasarkan akan bermula esok.

Industri perbankan telah menerima pakai proses permohonan dan dokumentasi yang dipermudahkan bagi bantuan pembayaran balik yang disasarkan, kata mereka.

Pihak perbankan juga memberi jamiman bahawa penerimaan moratorium lanjutan dan fleksibiliti pembayaran balik yang disasarkan dalam tempoh ini tidak akan menjejaskan laporan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat individu dan PKS terbabit.

“Peminjam/pelanggan yang telah mengemukakan permohonan bantuan pembayaran balik yang disasarkan setakat ini tetapi masih belum mendapat respons daripada bank mereka, akan menerima makluman daripada bank masing-masing tidak lama lagi.

“Sebagai alternatif, peminjam/pelanggan juga boleh menghubungi bank mereka untuk menyemak status permohonan jika tiada kemas kini daripada bank,” kata kenyataan itu.

Pihak bank ingin meyakinkan peminjam/pelanggan bahawa mereka yang telah memohon bantuan dengan dokumen berkaitan tetapi belum mendapat respons daripada bank mereka, tidak akan dikenakan denda.

Bank-bank ini sedang berusaha untuk memproses semua permohonan bantuan pembayaran balik yang disasarkan secepat mungkin, katanya.

“Industri perbankan sedar bahawa walaupun ekonomi semakin pulih, ramai peminjam/pelanggan mungkin masih cuba mengukuhkan kedudukan dan mengorientasikan diri mereka di tengah-tengah realiti dan ketidaktentuan baharu.

“Jika kewajipan pembayaran balik menjadi cabaran pada bulan-bulan akan datang, peminjam/pelanggan boleh yakin bahawa ruang untuk membincangkan pengaturan pembayaran balik alternatif akan kekal terbuka,” tambah kenyataan itu. — BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close