MalaysiaPilihan Editor

Kesejahteraan Rakyat Adalah Keutamaan Negara Di Bawah Kerajaan PN- Kaukus Dewan Negara

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Rakyat Malaysia pasti terus beruntung bahawa kesejahteraan rakyat menjadi perkara utama yang berterusan di bawah Kerajaan Perikatan Nasional (PN) berpaksikan kepada Rancangan Malaysia Kedua-Belas (RMKe-12) dan Rancangan Malaysia Ketiga-Belas (RMKe-13).

Menerusi RMKe-12 dan RMKe-13, Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara melahirkan harapan besar bahawa Kerajaan PN dapat merealisasikan peta ekonomi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) sebagai agenda yang membawa kepada pemulihan ekonomi yang efektif bagi rancangan jangka panjang negara.

Justeru, Pengerusinya, Senator Datuk Razali Idris berkata, perkara pembasmian kemiskinan baharu akibat pandemik COVID-19 termasuk kemiskinan sedia ada hendaklah dijadikan agenda atau solusi pertama yang perlu dicapai berdasarkan jumlah yang sangat ramai dalam kategori kemiskinan di negara ini.

“Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara mengambil kira perkara ini secara serius yang mana kumpulan T20 sebahagiannya menjadi M40 dan sebahagian kumpulan M40 telah menjadi kumpulan B40 termasuklah kumpulan B40 yang terus bertambah miskin,” katanya dalam satu kenyataan media.

Akibat komitmen yang ditanggung oleh kumpulan-kumpulan ini yang sangat tinggi berikutan penguncupan ekonomi yang ketara telah menjadikan rakyat Malaysia yang dimaksudkan itu sudah tidak ada punca pendapatan, penyusutan wang tunai (cash flow) yang banyak serta tidak dapat mencairkan aset fizikal sedia ada bagi menanggung bebanan ekonomi keluarga,” katanya dalam satu kenyataan media.

Sehubungan itu, program-program yang dirancang menerusi WKB 2030 di bawah RMKe-12 dan RMKe-13 perlu disasarkan kepada kumpulan rentan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

Rakyat tidak akan melupakan jasa dan keprihatinan kerajaan PN yang tidak pernah berputus asa memerangi pandemik COVID-19 dalam tempoh setahun lalu yang pastinya menaruh keyakinan tinggi bahawa kerajaan sedia ada berkeupayaan dalam merealisasikan WKB2030.

Untuk memastikan “KESEJAHTERAAN RAKYAT” secara holistik dinikmati secara bersama, menurut Razali, dua kata kunci utama iaitu melindungi nyawa dan kehidupan seperti yang disebutkan YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggambarkan tumpuan pentadbiran Kerajaan PN sejak setahun yang lalu mempunyai asas kepercayaan yang tinggi perlu diletakkan oleh rakyat Malaysia pada masa ini.

Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara selari dengan harapan Kerajaan PN untuk terus mengambil langkah berani dan proaktif demi usaha melindungi nyawa dan kehidupan rakyat. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close