Kedai RuncitPilihan Editor

Innature Beli Operator Restoran Burger & Lobster Berharga RM21.25 Juta

Peruncit produk penjagaan diri, Innature Bhd mengambil alih operator restoran Burger & Lobster pada harga RM21.25 juta dalam perjanjian pihak berkaitan sebagai sebahagian daripada pelan mempelbagaikan perniagaan.

Innature akan membayar RM14.6 juta untuk pengambilalihan Blu Restaurant Sdn Bhd dengan hasil daripada tawaran awam permulaan (IPO) syarikat itu pada 2020, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Ia berkata, baki harga akan dibayar dengan tunai yang dijana secara dalaman.

“Pemerolehan yang dicadangkan itu menyediakan ruang untuk kumpulan mengembangkan perniagaan makanan dan minuman.

Blu Restaurant mempunyai hak eksklusif ke atas jenama Burger & Lobster di Malaysia, Indonesia dan Vietnam, walaupun ia hanya mempunyai satu cawangan di pusat beli-belah Suria KLCC yang telah beroperasi sejak Oktober 2022.

Innature memperoleh hampir semua pendapatannya daripada menjual produk kosmetik dan penjagaan diri di lebih 120 kedai The Body Shop.

Pengambilalihan itu berlaku pada ketika syarikat sedang bergelut dengan kemerosotan dalam keuntungan, apabila jualan merosot dan perbelanjaan meningkat. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close