MalaysiaPilihan Editor

Lelaki Direman Bantu Siasatan Kes Rasuah Kontrak RM60 Juta

Seorang pengurus syarikat direman empat hari mulai hari ini kerana disyaki terbabit dalam kegiatan rasuah bagi mendapatkan kontrak bernilai RM60 juta di sebuah kementerian.

Perintah reman sehingga 27 Jun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar, Roslizawati Mohd Zanin di Mahkamah Majistret Putrajaya selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) membuat permohonan berkenaan, pagi tadi.

Sumber berkata, suspek lelaki berusia 43 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM kira-kira jam 12 tengah malam tadi ketika hadir memberikan keterangan.

“Suspek dipercayai bersekongkol dengan seorang penolong setiausaha bahagian sebuah kementerian yang ditahan semalam bagi memonopoli projek di bawah kementerian terbabit sejak 2018.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Penolong setiausaha bahagian berusia 46 tahun itu dilaporkan menerima suapan wang tunai berjumlah kira-kira RM300,000, barang kemas, tanah lot berkeluasan 0.8 hektar rumah kedai dua tingkat dan sebuah motosikal.

Kesemua habuan itu dipercayai diterima sebagai balasan membantu 11 syarikat mendapatkan projek bekalan am, perkhidmatan dan pengangkutan di kementerian terbabit.

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close