Dimensi BisnesMalaysiaPilihan Editor

KAJIAN JOBSTREET 2023: Sebanyak 71% Pencari Kerja Ingin Pekerjaan Stabil – Keseimbangan Kerja & Kehidupan Yang Baik

bidang teknologi maklumat (IT) adalah peluang pekerjaan yang mendapat perhatian tinggi di Malaysia, Indonesia, Hong Kong, Filipina dan Singapura

Tiga sebab utama untuk mencari pekerjaan baharu adalah 49% daripada jumlah itu sedang mencari jawatan yang lebih menarik, atau kedudukan dalam oragnisasi yang lebih tinggi.

30% antara mereka merasakan kekurangan peluang untuk kemajuan kerjaya yang lebih tinggi jika terlalu lama di dalam sesebuah syarikat.

27% tidak berpuas hati dengan gaji dan faedah semasa yang diterima.

Kajian itu juga adalah dari 97,324 responden yang menunjukkan 34% daripadanya sedang aktif mencari pekerjaan baharu.

Statistik kajian ini dilaksanakan syarikat induk JobStreet dan JobsDB, SEEK, melalui satu kajian tinjauan yang mendapati paten terkini pencari pekerjaan pada tahun 2023 berubah lebih-lebih lagi selepas pandemik Covid-19.

Kajian tersebut dengan kerjasama Boston Consulting Group (BCG) dan laman web pekerjaan The Network meliputi Malaysia, Indonesia, Hong Kong, Filipina, Singapura dan Thailand.

Daripada jumlah responden itu, 54% daripadanya tidak aktif mencari pekerjaan baharu, tetapi akan mempertimbangkan peluang pekerjaan dengan pampasan kewangan yang lebih baik.

74% pula hanya merekodkan jumlah pencarian pekerjaan beberapa kali sahaja dalam masa setahun. Selain itu, 70% responden percaya mereka mempunyai kemahiran rundingan yang kuat dan memudahkan proses pencarian pekerjaan baharu.

Untuk rekod, bidang teknologi maklumat (IT) adalah peluang pekerjaan yang mendapat perhatian tinggi di Malaysia, Indonesia, Hong Kong, Filipina dan Singapura.

Ketua Pegawai Eksekutif SEEK Asia, Peter Bithos, berkata walaupun terdapat gelombang pemberhentian oleh syarikat teknologi di rantau ini dan di seluruh dunia, permintaan untuk bakat teknologi masih kekal berdasarkan penemuan laporan.

“Ini selaras dengan pemerhatian SEEK terhadap peningkatan 29% YoY (2021 vs 2022) dalam iklan pekerjaan untuk peranan teknologi di rantau ini, berdasarkan data daripada platform JobStreet dan JobsDB kami.

Malalui kajian 2023 oleh syarikat induk JobStreet, SEEK dan Boston Consulting Group, juga memberi pandangan tentang keutamaan bakat di rantau Asia Tenggara dan Hong Kong:

Kebanyakan responden (71%) menginginkan, terutama sekali pekerjaan yang stabil dengan keseimbangan kerja dan kehidupan (work life balance) yang baik. Keutamaan ini dominan merentas peranan pekerjaan, negara dan kumpulan umur. 22% mengatakan bahawa pampasan kewangan yang tidak menarik adalah salah satu faktor pekerja mencari peluang baharu untuk diteroka.

Sejumlah 17% pula mengatakan bahawa keseimbangan kerja dan kehidupan yang lemah seperti jumlah masa rehat, dan keselamatan kerja juga menjadi penyebab kepada jumlah pencari pekerjaan meningkat.

Rakan Kongsi dan Pengarah Bersekutu Boston Consulting Group (BCG), Sagar Goel menambah jangkaan orang ramai terhadap kerja telah berubah secara radikal dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Kebanyakan pencari kerja tidak mahu hidup untuk bekerja lagi tetapi mahu bekerja untuk hidup.

“Majikan mesti faham bahawa walaupun gaji yang tinggi mungkin merupakan cara untuk meningkatkan perhatian bakat dalam permintaan, wang tidak mencukupi untuk mengekalkan mereka dalam jangka masa panjang. Budaya yang menyokong keseimbangan kerja-kehidupan, membolehkan fleksibiliti, dan menekankan perhubungan di tempat kerja yang baik adalah sama pentingnya” jelasnya dalam sidang media di ibu pejabat Jobstreet disini hari ini.

SEEK juga mendapati 67% responden mahukan proses yang lancar dan tepat pada masanya. Ini kerana 49% akan menolak walaupun tawaran kerja yang menarik jika mereka menghadapi pengalaman negatif yang berlaku pada platform pengambilan pekerja.

Dalam masa sama, walaupun peratusan pencari pekerjaan adalah dalam kalangan generasi muda, teknologi digital automatik seperti AI bukan menjadi pilihan interaksi. Ini dibuktikan apabila hanya 24% respondan sahaja yang bersetuju melalui proses temu duga secara digital.

Penemuan Kajian JobStreet 2023 : Konteks Malaysia

Kajian itu juga melihat konteks Malaysia untuk pencari kerja pada tahun 2023:

  • Pasaran buruh Malaysia kekal positif, dengan jumlah 30,900 pekerjaan baharu diseneraikan
  • Bakat di Malaysia mempunyai peluang pekerjaan yang lebih rendah daripada purata global. Walau bagaimanapun, 69% responden merasakan mereka mempunyai kuasa rundingan yang kuat terhadap majikan.
  • 1 dalam 3 pekerja sanggup mencuba kerjaya yang berbeza dengan bertukar profesion baru – ini lebih kurang 5% lebih tinggi daripada purata serantau.
  • 3 lagi bakat terbaik yang diidamkan di Malaysia (berdasarkan peratusan responden yang paling kerap didekati dengan peluang pekerjaan) ialah Teknologi maklumat, Pendigitalan, sains data dan kecerdasan buatan serta pendidikan (guru dan jurulatih).
  • 61% rakyat Malaysia menyatakan keutamaan mereka terhadap model kerja hibrid, iaitu 7% lebih tinggi daripada purata global. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close