MalaysiaPilihan Editor

PARLIMEN: Berita Palsu COVID-19 Berkurangan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka 307 kertas siasatan berhubung penyebaran berita palsu mengenai COVID-19, bagi tempoh dari Mac 2020 hingga sekarang.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, berkata semua kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan 163 daripadanya sudah diselesaikan.

Jelasnya, 37 kes lagi dituduh di mahkamah manakala 114 kes masih dalam peringkat siasatan oleh PDRM.

“Secara umumnya, penyebaran berita palsu berkaitan vaksin dan COVID-19 banyak berkurangan berbanding peringkat awal pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

“Ini hasil daripada tahap kesedaran dan penerimaan masyarakat terhadap PICK, sekali gus menyaksikan penyebaran kandungan berita palsu tidak lagi berkesan.

“Kalau dilihat daripada angka semasa, banyak kes sudah diselesaikan tetapi tidak dinafikan masih ada penularan berita palsu berkaitan COVID-19 dan vaksin di negara ini,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Azizah Mohd Dun (PN-Beaufort) mengenai sama ada kerajaan akan mengenal pasti pendekatan punitif berbeza memandangkan penularan berita palsu berkaitan COVID-19 dan vaksin masih berleluasa. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close