MalaysiaPilihan Editor

AKHIRNYA – Penantian 42 tahun Berakhir, Malaysia Layak Ke Piala Asia

 Skuad Harimau Malaya menamatkan penantian 42 tahun untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia secara merit selepas menundukkan Bangladesh 4-1 dalam aksi terakhir kelayakan Kumpulan E di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini, malam tadi.

Dalam perlawanan malam tadi, skuad kendalian Kim Pan Gon berada di depan pada minit ke-16 menerusi Safawi Rasid yang menyempurnakan sepakan penalti selepas Matthew Davies dijatuhkan pertahanan lawan.

Bangladesh bagaimanapun membuat kejutan apabila berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Mohammad Ibrahim pada minit ke-31.

Tujuh minit selepas itu, skuad Harimau Malaya kembali di depan apabila Dion Cools meledak gol kedua pasukan negara selepas rembatan derasnya gagal diselamatkan penjaga gol, Anisur Rahman.

Aksi skuad Harimau Malaya menentang Bangladesh pada perlawanan kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. Malaysia mendahului 2-1 separuh masa. - Foto ihsan FB FAM.
Aksi skuad Harimau Malaya menentang Bangladesh pada perlawanan kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. Malaysia mendahului 2-1 separuh masa. – Foto ihsan FB FAM.

 

Hanya dua minit selepas bersambung babak kedua, Syafiq Ahmad mengukuhkan kedudukan buat skuad Harimau Malaya apabila menanduk masuk bola hantaran Faisal Halim.

 

Aksi skuad Harimau Malaya menentang Bangladesh pada perlawanan kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. Malaysia mendahului 2-1 separuh masa. - Foto ihsan FB FAM.
Aksi skuad Harimau Malaya menentang Bangladesh pada perlawanan kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. Malaysia mendahului 2-1 separuh masa. – Foto ihsan FB FAM.

 

Kemenangan itu menyaksikan skuad Harimau Malaya menamatkan saingan di tangga kedua Kumpulan E dengan enam mata dan berjaya menempatkan diri dalam kelompok lima naib juara terbaik dari enam kumpulan yang mendapat tiket ke pusingan akhir Piala Asia 2023.

Bahrain yang terlebih dahulu mengesahkan tempat ke pusingan akhir muncul juara Kumpulan E dengan mengumpul sembilan mata, sementara Turkmenistan di tangga ketiga (tiga mata) dan Bangladesh di kedudukan tercorot tanpa sebarang mata.

 

Aksi skuad Harimau Malaya menentang Bangladesh pada perlawanan kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. Malaysia mendahului 2-1 separuh masa. - Foto ihsan FB FAM.
Aksi skuad Harimau Malaya menentang Bangladesh pada perlawanan kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. Malaysia mendahului 2-1 separuh masa. – Foto ihsan FB FAM.

 

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia layak secara merit ke Piala Asia pada 1980 dan skuad Harimau Malaya pernah beraksi di pusingan akhir Piala Asia pada 2007, namun ketika itu mendapat tiket selaku tuan rumah. – BH ONLINE/NSTP/FAM

Keputusan:

Kumpulan A: Palestin 4 – 0 Filipina

Kumpulan B: Yaman 0-2 Mongolia

Kumpulan C: Maldives 1-0 Sri Lanka

Kumpulan D: Afghanistan 2-2 Kemboja

Kumpulan E: Bahrain 1-0 Turkmenistan, Malaysia 4-1 Bangladesh

Kumpulan F: Myanmar 2-6 Singapura

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close