Kedai Runcit

Kedai Buku MPH Beralih Ke Model Perniagaan Digital

Kedai buku MPH akan beralih kepada model perniagaan digital susulan penggunaan platform e-dagang mencatatkan peningkatan mendadak sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MPH, Donald Kee, berkata hasil jualan menerusi platform e-dagang syarikat itu turut mencatat peningkatan signifikan, sekali gus mempamerkan perubahan gaya pembelian masyarakat.

Sehubungan itu, katanya, pelan transformasi pendigitalan jualan syarikat berkenaan sudah dirangka sejak tahun lalu, seiring perkembangan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).

“Antara pendekatan baharu ialah semua outlet mencatatkan jualan kurang digabungkan dalam platform e-dagang, manakala premis memberangsangkan dikekalkan, selain pelanggan boleh membeli secara dalam talian dan mengambil buku mereka di kedai konvensional.

“Kedai buku konvensional tetap akan dibuka di beberapa lokasi untuk memudahkan urusan pengambilan buku dibeli pelanggan, khususnya bagi mereka yang enggan menunggu proses penghantaran ke rumah atau pejabat masing-masing.

“Ini kerana kami masih mahu mengekalkan hubungan dengan pelanggan menerusi pelbagai kaedah, sama ada secara atas atau luar talian, selain menaik taraf bagi sistem kedai dalam talian yang akan dilancarkan semula pada suku keempat tahun ini,” katanya dalam kenyataan di sini.

Kee berkata, MPH akan memperluaskan segmen perniagaannya dengan menyediakan platform interaksi sosial e-pembelajaran pertama di Asia Tenggara dan dijangka dilancarkan awal pertengahan tahun ini.

“Ia akan menawarkan pelbagai perkhidmatan antaranya kandungan ‘Video-on-Demand’, e-buku dan kelas maya bagi memenuhi keperluan pembelajaran digital dengan guru serta pelajar dihubungkan dalam persekitaran selamat,” katanya. – BERITA HARIAN ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close