Kedai RuncitPilihan Editor

Pusat beli-belah Datum Jelatek Bakal Tumpuan Penggemar Kopi

DatumCorp International Sdn Bhd berhasrat menarik lebih banyak pengusaha restoran atau kiosk minuman kopi membuka perniagaan mereka di pusat beli-belah Datum Jelatek, di Kuala Lumpur yang mula dibuka kepada umum semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif DatumCorp, Mohd Azmil Abd Shukor, berkata hasrat itu sejajar dengan trend dan permintaan kebanyakan warga kota masa kini yang menjadikan minuman berkenaan sebagai sebahagian daripada gaya hidup, sekali gus menjadi daya penarik berbanding pusat beli-belah sedia ada.

“Seperti mana ada pusat beli-belah dikenali sebagai pusat gajet dan teknologi, kami pula sedang berusaha untuk menjadikan pusat beli-belah ini sebagai ‘pusat minum kopi’ terutama untuk penggemar kopi.

“Kami akan menjemput dan mengalu-alukan usahawan terutama peniaga muda untuk berniaga di ruang dan kiosk dalam pusat beli-belah ini bagi sama-sama merealisasikan hasrat ini,” katanya kepada pemberita pada majlis pembukaan Datum Jelatek di sini, semalam.

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close