Dimensi BisnesPilihan Editor

BACALAH AUTO: PROTON Kekal Harga Kereta Walau Kos Meningkat

Proton Holdings Bhd (PROTON) masih bertahan untuk tidak menaikkan harga kenderaannya walaupun berdepan dengan peningkatan ketara dalam kos pengeluarannya.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Roslan Abdullah, berkata secara dasarnya, PROTON berdepan dengan lonjakan kos pengeluaran daripada bahan mentah sehinggalah logistik.

Beliau berkata, ini membuatkan PROTON terpaksa menampung kenaikan itu tanpa memberikan bebanan kepada pembeli.

“Ketika ini, kumpulan masih lagi mampu untuk menampung lonjakan harga kos pengeluaran dan tidak akan menaikkan harga jualan pada tahun ini.

“Bagi model lain, sehingga hari ini kami masih boleh bertahan, tetapi jika tidak dapat menyerap kos lagi, kami terpaksa melaksanakan pelarasan harga,” katanya pada temu bual bersama BH.

Roslan bagaimanapun berkata, dengan kos bahan mentah terus meningkat dan pengecualian cukai jualan berakhir tidak lama lagi, kenaikan harga kenderaan baharu daripada PROTON dan pengeluar lain nampaknya tidak dapat dielakkan dalam jangka masa panjang.

Beliau berkata, apa yang dilaksanakan PROTON ketika ini adalah cuba menyerap kenaikan kos pengeluaran sebanyak mungkin.

Katanya, harga alat ganti dan komponen automotif meningkat secara mendadak sejak dua tahun lalu akibat COVID-19.

“Harga bahan mentah meningkat berikutan kejatuhan ringgit dan gangguan rantaian bekalan baru-baru ini, terutama dengan kekurangan bekalan cip.

“Ini turut diburukkan oleh kos logistik lebih tinggi dan persekitaran kos tinggi ini boleh menjadi lebih teruk jika pengecualian cukai jualan untuk kenderaan baharu tidak dilanjutkan selepas 30 Jun ini,” katanya.

Sebagai perbandingan, kos pengeluaran bagi X70 meningkat lebih RM5,000, manakala Saga baharu meningkat sekitar RM2,000.

Ini menjadikan model X70 baharu terpaksa dinaikkan harga jualan daripada RM93,900 hingga RM121,800 atau kira-kira RM4,000 hingga RM6,000 lebih tinggi daripada sebelumnya.

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) sebelum ini turut menjangkakan harga kenderaan di Malaysia meningkat berikutan kenaikan harga bahan mentah susulan kelemahan nilai ringgit dan kekurangan bekalan cip komputer yang berterusan.

MAA menyatakan wujud kemungkinan besar berlaku kenaikan harga kereta di Malaysia berikutan peningkatan kos yang terpaksa ditanggung oleh pengeluar. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close