GovernansPilihan Editor

NCER Tarik RM21.41 Bilion Pelaburan Pada 2023

Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) berjaya memudahkan pelaburan sebanyak RM21.41 bilion pada 2023, dengan RM41.45 bilion daripadanya direalisasikan dalam tempoh yang sama dan lebih 24,000 peluang pekerjaan diwujudkan.

Pelaburan langsung asing (FDI) menyumbang sebanyak RM8.97 bilion atau 42 peratus dengan Amerika Syarikat (AS) menjadi pelabur terbesar iaitu sebanyak RM8.12 bilion, diikuti China (RM550 juta) dan Jerman (RM280 juta), manakala pelaburan domestik menyumbang RM12.44 bilion.

Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Mohamad Haris Kader Sultan, berkata jumlah pelaburan yang dicapai melebihi sasaran awal yang ditetapkan untuk 2023 iaitu sebanyak RM18 bilion dan 20,000 peluang pekerjaan.

Mohamad Haris berkata, pencapaian ini menunjukkan keberkesanan Pelan Pembangunan Strategik NCER 2021 hingga 2025 (NCER SDP) yang membimbing NCIA untuk memacu pelaburan ke rantau ini dan memperluas pembangunan sosioekonomi NCER.

“Pelaburan langsung asing ini menyumbang 44.7 peratus daripada pelaburan terkumpul yang dicatatkan setakat ini, manakala selebihnya adalah pelaburan domestik,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, ia direka untuk menangani keperluan segera rakyat serta perniagaan dan industri untuk mengecilkan jurang pembangunan luar bandar-bandar di negeri NCER iaitu Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.

“Pelan strategik berkenaan menetapkan sasaran untuk mengubah NCER menjadi ekonomi yang bernilai RM300 bilion menjelang 2025 dan setakat Disember 2022, NCIA telahpun mencapai nilai Keluaran Pembangunan Kasar (KDNK) sebanyak RM249.5 bilion,” katanya.

Bagi meningkatkan kualiti landskap perindustrian dan ekonomi di rantau ini, NCIA menubuhkan Pusat Inovasi Teknologi NCER (NTIC) yang menjadi pemain utama dalam menarik perniagaan berkaitan teknologi ke NCER untuk memupuk kerjasama antara perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan, syarikat multinasional serta ahli akademik.

Inisiatif ini penting untuk mempromosikan inovasi dan teknologi, menyediakan platform untuk pembangunan bakat berkemahiran tinggi bagi memenuhi permintaan industri.

“Di samping program utama NCER, Pusat Teknologi dan Inovasi Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NTIC) juga memainkan peranan dalam menggalakkan inovasi dan mengukuhkan ekosistem industri serta memanfaatkan sebanyak 16 syarikat pada 2023 melalui program Pengguna dan Teknologi & Inovasi (T&I) Pusat Kecemerlangan (CoE).

“Kerjasama erat dengan pihak berkepentingan seperti Kementerian Ekonomi, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Kerajaan Negeri dan agensi kerajaan seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) adalah elemen penting dalam mencapai sasaran NCER SDP, yang selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-12,” kata Mohamad Haris. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close