Duniaku TeknokratPilihan Editor

Keyakinan Pemimpin Korporat Malaysia Merosot

Indeks Keyakinan Worldcom (WCI) menunjukkan bahawa keyakinan korporat dalam kalangan eksekutif kanan Malaysia turun 0.4 peratus kepada 18.55 pada bulan Ogos daripada skor 18.58 pada bulan Julai.

WCI berkata, keyakinan korporat global secara keseluruhan pada bulan Ogos adalah 0.1 peratus lebih tinggi daripada pada bulan Julai, menandakan peningkatan global selama empat bulan berturut-turut sejak pandemik COVID-19 menjejaskan keyakinan perniagaan global pada bulan April.

Dalam satu kenyataan hari ini, agensi sekutu Worldcom Group di Malaysia, Perunding Prinsipal TQPR (Malaysia) Sdn Bhd, Niall Dologhan berkata perubahan keyakinan korporat global dan Malaysia dari bulan Julai hingga Ogos dianggap ‘lemah’.

“Ini menunjukkan bahawa tidak ada pencetus perubahan ketika penularan COVID-19, dan keyakinan perniagaan kekal lemah,” katanya.

“Eksekutif kanan di Malaysia kurang yakin kepada dua topik, iaitu mereka mempunyai kawalan langsung yang relatifnya sedikit, khususnya perubahan kerajaan dan perundangan serta bagaimana pemimpin politik berkomunikasi,” katanya.

Worldcom Group adalah syarikat perhubungan awam global menggunakan alat kecerdasan buatan (AI) yang canggih untuk mengesan sentimen dan pembabitan eksekutif C-Suite (eksekutif pengurusan kanan) terhadap lebih daripada 54,000 perniagaan terkemuka di seluruh dunia.

Penurunan keyakinan korporat di Malaysia adalah satu daripada kejatuhan besar antara 30 negara yang dijejaki oleh WCI.

Satu-satunya negara dengan penurunan yang lebih tinggi adalah Mexico, Portugal, Itali dan Poland, kesemuanya menghadapi cabaran akibat pandemik COVID-19 pada bulan Ogos. -BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close