MalaysiaPilihan Editor

Kesegeraan Suntikan Vaksin Kepada Rakyat Malaysia Kunci Utama Pelan Pemulihan Negara – Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara yakin usaha memupuk kesegeraan suntikan vaksin kepada rakyat Malaysia adalah kunci utama kepada Pelan Pemulihan Negara.

Tegas Pengerusinya, Senator Datuk Razali Idris, pelaksanaan kesegeraan suntikan vaksin perlu dilaksanakan secara tuntas,dan benar-benar “outreach” sama ada di bandar-bandar, pinggir bandar, kampung, desa dan pedalaman bagi tempoh terkini.

Justeru, Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara melahirkan keyakinan tinggi bahawa kesegeraan suntikan vaksin adalah indikator paling utama yang kemungkinan Pelan Pemulihan Negara boleh dicapai sepenuhnya lebih awal berbanding seperti yang dirancang.

“Tidak perlu lagi membuang masa andainya mahu Malaysia bebas pandemik COVID-19 menjelang akhir tahun ini.

“Gerakkan segala mobiliti, tenaga kerja dan logistik kesihatan awam termasuk memohon bantuan sokongan daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) serta anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APAM), Askar Wataniah, Persekutuan Pengakap Malaysia dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), sektor swasta serta seluruh sukarelawan rakyat Malaysia,” kata Razali dalam satu kenyataan media di sini.

Menurut Razali yang juga Timbalan Presiden Majlis Senator Malaysia, semangat Malaysia Boleh hendaklah dipalukan dalam menjayakan Pelan Pemulihan Negara.

“Sudah tentu tahap populasi yang dilindungi secara agresif ini secara langsungnya akan mempengaruhi kesan pengurangan bilangan kes jangkitan harian serta kadar penggunaan katil di wad unit rawatan rapi (ICU).

“Justeru, ayuh seluruh rakyat Malaysia bersama kerajaan Perikatan Nasional (PN) memastikan Malaysia bebas COVID-19 seperti sebahagian negara di Kesatuan Eropah, Brunei, Australia dan New Zealand yang sudah menikmati dan menghampiri bebas COVID-19,” kata Razali lagi. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close