Kedai RuncitPilihan Editor

Keseronokan Memasak, Ingat HACO SUISS ‘Culinary Dry Mix’

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

Siapa suka memasak ?

Sudah tentu ramai yang suka memasak, jadi apa kata kita melihat HACO SUISS, yang merupakan pengeluar makanan premium terkemuka di Switzerland, sejak 1922 telah menghasilkan ‘Culinary Dry Mix’, sejenis stok masakan yang terdapat dalam tiga perisa, iaitu Stok Ayam, Stok Berperisa Daging Lembu dan Sup Udang Karang.

HACO SUISS ‘Culinary Dry Mix’ ialah satu inovasi yang dihasilkan untuk meningkatkan
keseronokan memasak di rumah dengan cara yang mudah, fleksibel, dan pelbagai guna.

Produk HACO SUISS ‘Culinary Dry Mix’ ini di adun daripada bahan-bahan segar, lazat, berkualiti dan sihat yang dapat mempertingkatkan rasa masakan di rumah.

Menerusi QSR Trading Sdn Bhd (QSRT), salah satu saluran pemasaran dan perdagangan di bawah QSR Brands, (pengusaha rangkaian KFC dan Pizza Hut Malaysia), memperkenalkan produk terbaharu HACO SUISS ‘Culinary Dry Mix’ iaitu keluaran HACO Asia Pacific Sdn. Bhd.

“Apa yang unik tentang stok masakan ini adalah ia merupakan pilihan yang lebih sihat, kerana TIDAK mengandungi bahan-bahan seperti; MSG, lemak trans, pengawet tambahan serta pewarna tiruan.

Stok Masakan HACO SUISS ini diperbuat sepenuhnya daripada bahan-bahan asas yang segar dan berkualiti. Ianya mudah untuk digunakan didalam masakan dan mempunyai kesesuaian untuk pelbagai olahan hidangan. Ia juga mampu mengelakkan pembaziran.

Selain menikmati makanan yang sihat, rangkaian stok masakan HACO SUISS juga menjuruskan kepada kepentingan makanan berkhasiat dan pengambilan diet yang seimbang dengan cara penyediaannya yang cepat dan mudah,” kata Pengurus Besar QSR Trading Sdn Bhd, Chan Chong Thye.

“Sejak tahun 1922 lagi, HACO SUISS secara konsisten telah menghasilkan produk pilihan
premium, berkualiti dan lebih sihat di pasaran, kerana HACO SUISS peka dan berinovasi di dalam memenuhi keperluan dan keinginan pengguna setia mereka.

HACO SUISS menyedari bahawa pengguna di rantau Asia Pasifik mempunyai citarasa yang luas dan gemar dengan makanan yang menyelerakan, justeru permintaan yang meningkat terhadap produk-produk yang terbaik, contohnya, produk-produk yang mempunyai kolaborasi dengan Chef atau yang boleh memberi inspirasi untuk menghasilkan resipi dan masakan setanding chef, semakin menjadi tumpuan orang ramai pada masa kini”.

Dengan slogan “Menjadikan setiap hidangan biasa lebih istimewa”, QSRT mengesyorkan
pelanggan mereka untuk menggunakan produk HACO SUISS yang merupakan pilihan yang lebih sihat, lebih mudah dan lebih kualiti.

“Sup udang karang dikenali sebagai hidangan mewah yang jarang disediakan di rumah, tetapi kini, dengan Sup Udang Karang HACO SUISS, sesiapa sahaja boleh menikmati citarasa yang lazat ini, dengan menyediakannya sendiri di rumah.

Produk HALAL pertama dan satu-satunya produk seumpamanya di pasaran runcit di Malaysia, Sup Udang Karang ini telah menerima Anugerah Inovasi Masakan 2021 oleh Persatuan Ahli Kulinari Profesional, Malaysia.”

“Stok Ayam pula diperbuat daripada daging ayam asli dan tidak menggunakan ayam GMO.

Ia tidak mengandungi pewarna tiruan dan bahan pengawet tambahan di dalam ramuannya.

Untuk Stok Berperisa Daging Lembu, walaupun mempunyai rasa daging lembu yang asli, ianya tidak menggunakan walau sedikit pun daging lembu, justeru menjadikannya pilihan yang sesuai untuk golongan vegetarian.

Sesuai untuk mereka yang ingin menikmati semangkuk sup daging atau mi, tanpa pembabitan daging,” katanya.

Harga jualan bagi Stok Ayam HACO SUISS 100g ialah RM5.90 sebungkus, sementara harga bagi Stok Berperisa Daging Lembu HACO SUISS 80g dan Sup Udang Karang HACO SUISS 60g, masing-masing berharga RM6.30 sebungkus.

Produk HACO SUISS ‘Culinary Dry Mix’ boleh didapati di pasaraya-pasaraya besar atau sederhana, dan melalui platform atas talian, Shopee dan Lazada mulai bulan Januari 2022. – BACALAHMALAYSIA.MY

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close