MalaysiaPilihan Editor

Aktiviti Pelancongan Berasaskan Pengalaman “Terengganu Turtle Experience Tourism” Akan Dirancakkan Secara Berganda – Razali Idris

Kempen besar-besaran akan disusun kelak

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

“Aktiviti pelancongan berasaskan pengalaman bersama dengan penyu (Terengganu Turtle Experience Tourism) akan dirancakkan secara berganda semula,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri Terengganu, Datuk Razali Idris.

 

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal berkata kempen besar-besaran akan disusun bagi mengembalikan suasana Terengganu Turtle Experience Tourism ini kerana inilah keunikan yang ada di Terengganu.

“Aktiviti sebegini merupakan sektor ekonomi yang perlu diberikan suntikan baharu, dalam membangunkan sesuatu produk pelancongan,’ katanya sewaktu menyertai program “SAVE OUR TURTLES” di pesisir pantai Resort World Kijal, Kemaman, di sini.

Istimewanya, pengusaha Resort World Kijal ini adalah antara tempat pendaratan penyu bertelur di daerah Kemaman di atas program pemuliharaan penyu dengan kerjasama erat bersama Kerajaan Terengganu, Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu dan Jabatan Perikanan Negeri Terengganu.

Dalam program berkenaan, Razali bersama-sama rakyat sekitarnya termasuk golongan kanak-kanak dan remaja berpeluang melepaskan kira-kira 1,000 ekor anak penyu atas program “SAVE OUR TURTLES”.

Tinjauan seperti yang dimuatnaik dalam Facebook rasmi Exco negeri Terengganu yang turut dikenali sebagai TokLi memperlihatkan suasana meriah dan seronok dalam kalangan anak-anak kecil yang berada di pantai berkenaan.

Mereka seronok melihat, memegang dan membelai sebelum melepaskan sendiri anak-anak penyu ini ke laut. Bukan main bergambar dan berselfie dengan anak-anak penyu ini !

“Keterlibatan anak-anak kecil ini perlu dipupuk mencintai alam sekitar dan haiwan sejak awal lagi,” kata Razali.

Menjadi hasrat beliau yang hendak melihat pelancongan Terengganu ini bertaraf antarabangsa dan dimasukkan ke dalam kalendar utama pelancongan dunia selaras dalam kerangka “Environmental, Social and Governance” (ESG) yang mengutamakan isu alam sekitar, komuniti setempat dan diurus tadbir dengan sistematik agar kekal lestari.

“Kini sudah tiba masanya usaha promosi berganda negeri Terengganu sebagai destinasi pelancongan ikonik penyu yang terunggul dalam negara,” katanya.

Setakat ini,  Terengganu kini berjaya merekodkan pengeraman dan penetasan 807,315 telur penyu Agar Dan Karah pada 2022 berbanding 600,667 pengeraman telur penyu spesis yang sama pada 2021.

Harap mencapai 1 juta pengeraman dan penetasan telur penyu pada tahun 2023 ini ! – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close