Dimensi BisnesMalaysiaPilihan Editor

Berita Gembira Pemberian Vaksin Atas Pemandu e-Hailing & Penunggang p-Hailing Termasuk 150,000 Berkhidmat Dengan Grab

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Berita gembira buat kira-kira 150,000 pemandu e-hailing dan p-hailing yang berkhidmat dengan Grab sekarang !

Ini berdasarkan reaksi positif yang diberikan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang melihat pemandu e-hailing dan p-hailing adalah barisan depan yang penting untuk kesejahteraan ekonomi rakyat.

Usaha murni ini juga telah digerakkan dalam satu perjumpaan maya dengan pihak pengurusan syarikat Grab bagi membincangkan progres pemberian vaksin ke atas pemandu e-hailing dan penunggang p-hailing.

“Sekitar 100,000 pemandu e-hailing dan 50,000 penunggang p-hailing berkhidmat dengan Grab sekarang,” kata Ka Siong dalam entri Facebooknya.

Sejajar dengan perkembangan terbaharu ini, agensi di bawah Kementerian Pengangkutan diarah mengumpulkan nama pemandu e-hailing dan penunggang p-hailing di negara ini bagi tujuan vaksinasi, kata Menteri Pengangkutan berkenaan.

Ka Siong berkata, sebagai sebahagian daripada anggota perkhidmatan barisan hadapan, mereka juga perlu diberi keutamaan dalam pemberian vaksin bagi memastikan keselamatan pemandu, penunggang dan pelanggan.

“Seperti diumumkan, proses penjadualan pemberian vaksin bagi pemandu teksi, e-hailing dan penunggang p-hailing sudah bermula dengan kumpulan pertama bakal menerima vaksin membabitkan 41,488 pemandu teksi serta e-hailing serta 11,527 penunggang p-hailing,” katanya menerusi entri di Facebooknya, baharu-baharu ini.

Memahami sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sektor pengangkutan adalah perkhidmatan perlu yang terus beroperasi 24 jam sehari dalam memastikan kelangsungan hidup rakyat, selain memastikan pergerakan barangan dan penumpang tidak terjejas.

Kementerian Pengangkutan juga bekerjasama dengan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) dalam usaha mencapai imuniti kelompok seawal mungkin.

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close