MalaysiaPilihan Editor

RAKYAT SABAH MEMILIH: Semua Pihak Dalam BN Perlu Cari Jalan Terbaik Wadah Perjuangan Sama – Pengerusi BN

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Semua pihak dalam Barisan Nasional (BN) perlu mencari jalan terbaik !

Sebagai satu pihak, BN perlu berada dalam satu wadah perjuangan yang sama !

Sebagai satu pasukan, BN tidak perlu memberi kekuatan kepada musuh politik parti itu !

Inilah pesanan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyifatkan musuh politik sudah tentu mahu melihat perpecahan berlaku dalam kalangan kita (BN).

Beliau yang juga Presiden UMNO sebenarnya mengulas berhubung mengenai beberapa pemimpin UMNO Sabah yang tidak bersetuju dengan pelantikan Datuk Seri Bung Moktar Radin dalam mengetuai jentera BN menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kerana mempunyai kes di mahkamah.

Ahmad Zahid menegaskan adalah munasabah bagi Pengerusi BN Sabah untuk mengetuai jentera parti itu bagi menghadapi PRN Sabah.

Beliau berkata semua pihak dalam BN meskipun mempunyai pandangan berlainan perlu bersama-sama memenangkan parti itu pada PRN 26 Sept depan.

“Benar perbezaan pendapat itu harus diraikan, tetapi kita harus menghormati keputusan yang telah ditentukan di mana Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah dan Pengerusi BN Sabah merupakan lantikan yang dibuat oleh saya sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN.

“Maka, tentulah lebih munasabah mana-mana pengerusi badan perhubungan negeri dan juga pengerusi BN negeri mengetuai jentera yang ada dalam Pilihan Raya Kecil (PRK), apatah lagi PRN,” katanya. – BACALAHMALAYSIA.MY/BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close