Kedai RuncitPilihan Editor

KK Mart, Pembekal Stoking Dihadap Ke Mahkamah Esok

KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dijangka berdepan tuduhan esok berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah di kedai serbaneka berkenaan.

Difahamkan, ada individu daripada KK Super Mart dan pembekalnya akan turut didakwa.

Pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam itu mengikut Seksyen 109 dan 298 Kanun Keseksaan (KK).

Pada 13 Mac lalu, tular dalam media sosial isu stoking tertera kalimah ‘Allah’ dijual di KK Mart Bandar Sunway, selepas gambar produk itu dimuat naik pengguna.

Pada 16 Mac, pengurusan KK Super Mart dilaporkan memohon maaf berhubung penjualan stoking berjenama Miranosock yang tertera kalimah Allah di beberapa cawangan kedai serbaneka itu.

Seri Paduka Baginda bertitah mahu tindakan sekeras-kerasnya diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah dalam isu ini berdasarkan siasatan pihak berkuasa. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close