Duniaku TeknokratMalaysiaPilihan Editor

Khairul Nizam dilantik CEO baharu Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu

Dr Khairul Nizam Othman dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB), berkuat kuasa 27 Julai 2025.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, berkata pelantikan itu dibuat selaras peruntukan Seksyen 27(1) dan 27(2) Akta Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011 (Akta 733).

Khairul Nizam, 52, memiliki ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang Pembangunan Hartanah dan Alam Sekitar dari Universiti Malaya (UM) serta berpengalaman lebih 28 tahun dalam bidang perancangan bandar dan pengurusan tanah.

Sepanjang kerjayanya, beliau pernah memegang pelbagai jawatan strategik di peringkat Persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan, termasuk sebagai Pengarah (Perancangan Pembangunan dan Ekonomi) di PKB.

“Beliau juga aktif menghasilkan penulisan dan penyelidikan ilmiah yang menjadi rujukan penting dalam dasar perancangan dan pembangunan tanah negara,” kata Dr Zaliha.

“Sumbangan beliau amat dihargai dalam mengukuhkan operasi dan hala tuju strategik PKB,” katanya.

PKB ditubuhkan pada 1 April 2012, susulan penggubalan Akta Perbadanan Pembangunan Kampong Bahru 2011 (Akta 733) yang diluluskan Parlimen pada 7 Disember 2011.

Perbadanan ini dipertanggungjawabkan sebagai agensi penyelaras, pemudah cara dan penggerak utama dalam pembangunan semula Kampong Bharu di tengah bandar raya Kuala Lumpur. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close