Dimensi BisnesPilihan Editor

BACALAH AUTO: “Kecil-Kecil Cili Padi” – Itulah Volvo EX30 Lincah, Dinamik, Agresif dan Paling Selamat

suspensi EX30 ditala untuk memberikan keseimbangan yang baik antara keselesaan dan ketangkasan.

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my yang pandu uji Volvo EX30 ke Johor, baharu-baharu ini.

KECIL-KECIL cili padi – itu pandangan ramai terhadap Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) berteraskan Electric Vehicle (EV) kompak ini !

Namun, ramai juga berpandangan adakah EV kompak ini benar-benar memberi gaya pemanduan yang punya gabungan antara prestasi yang boleh menggemparkan dengan keselesaan harian lagi stabil ?

Terbukti pandangan ramai itu meleset, selepas BACALAH AUTO menguji pandu Volvo EX30 yang merupakan SUV elektrik kecil, bermakna ia adalah SUV berkuasa sepenuhnya secara elektrik.

Ia adalah gabungan antara kedua-duanya, bukan pilihan dan “atau” ! EX30 menggabungkan bentuk SUV dengan teknologi EV.

Paling memukau dengan gaya “Kecil-Kecil Cili Padi”, EX30 adalah kenderaan paling lincah, dinamik dan agresif sewaktu dipandu uji apatah lagi pada hari pertama, BACALAH AUTO telah menguji pada waktu hujan lebat dari lebuh raya Utara Selatan dari laluan Nilai menelusuri Alor Gajar, Ayer Keroh, Jasin sehingga ke Ayer Hitam, Johor.

Walaupun dalam kenderaan kompak itu sarat dengan 5 penumpang dengan bagasi yang banyak, namun kestabilan pengendalian cukup seimbang.

Walaupun berprestasi tinggi, suspensi EX30 ditala untuk memberikan keseimbangan yang baik antara keselesaan dan ketangkasan. Ia menyerap hentakan dan ketidakrataan jalan raya dengan baik, menjadikan perjalanan harian lebih menyenangkan waima hujan lebat sekalipun.

Sehinggakan penumpang di dalamnya leka menyanyi, bergembira dan bersuka-ria tanpa memikirkan sangat kerisauan keselamatan mahupun kemampuan kenderaan.

Asyik juga penumpang-penumpang sedia ada menikmati tambahan humbug suria panaromik dalam apa keadaan sekali pun.

Sudah tentu, pandu uji BACALAH AUTO kali ini begitu diyakini menerusi sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS) yang memberikan fungsi cruise control adaptif, penderia parkir hadapan dan belakang, pengelak pelanggaran, brek kecemasan automatik, bantuan kekal lorong, amaran keluar lorong, pemantau titik buta bersama bantuan stereng, amaran lintasan trafik dengan brek automatik, pemantau pemandu dan kamera undur.

Nah…. Apa yang ditunggu-tunggu sepanjang pemanduan ini adalah kuasa maksimum yang harus dinikmati malahan pemanduan BACALAH AUTO merasai pecutan yang bertenaga dan lancar untuk memotong kenderaan lain atau ketika memulakan perjalanan dari lampu isyarat, memberikan keyakinan yang tinggi.

Mana tidaknya pecutan serta-merta – gaya pemanduan yang sangat responsif dan mengujakan. Dengan pecutan 0-100 km/j dalam 3.6 saat, ia terasa seperti kereta sport yang disarung dalam badan SUV EV yang kompak.

Penyelarasan Pacuan Semua Roda (AWD) memperlihatkan sistem dwi-motor (depan dan belakang) memberikan cengkaman yang mantap, menjadikan pengendalian kereta stabil dan terjamin terutamanya semasa mengambil selekoh pada kelajuan tinggi.

EX30 varian yang premium diperlengkapkan dengan Ultra Twin Motor Performance yang mana diberikan dua motor elektrik masing-masing memacu gandar hadapan dan belakang, memberikan kebolehan sistem pacuan roda pada SUV ini dengan kuasa keseluruhan 428 PS dan tork maksima 543 Nm. Pecutan 0-100 km/j boleh dibuat hanya dalam masa 3.6 saat seperti yang tertulis awal tadi, menjadikan ia model produksi Volvo paling pantas pernah dihasilkan.

Apapun gaya pemanduan juga harus senang dan santai. Pemanduan Satu Pedal (OPD) memperlihatkan BACALAH AUTO boleh memilih untuk menggunakan mod OPD. Ini membolehkan anda memecut dan memperlahankan (brek regeneratif) hanya menggunakan pedal pemecut, menjadikan pemanduan di bandar yang sesak menjadi lebih lancar dan selesa, serta meningkatkan kecekapan bateri.

Skeptikal penerimaan kereta EV tetap berlangsung di pemikiran dan hati ramai orang, namun BACALAH AUTO sudah beberapa kali menguji pandu kenderaan EV terutama Volvo termasuk EX30 kali ini.

Berbekalkan bateri nikel mangan kobalt (NMC) berkapasiti 69 kWj, ia membolehkan model dengan motor tunggal bergerak sejauh 476 km dalam kitaran ujian WLTP, manakala model dengan dua motor yang lebih pantas pula boleh bergerak sejauh 450 km dengan satu cas penuh bateri.

Bateri berkenaan mampu menerima pengecas AC dengan input maksima 11 kW bagi membolehkan kuasa dipenuhkan dalam masa 7.5 jam.

Manakala dengan pengecas pantas DC yang mampu menangani sehingga 153 kW pula membolehkan jumlah cas dipenuhkan dari 10-80% hanya dalam masa 26.5 minit.

Ingatkan tunggu lama dam agaknya melepak lama di stesen pengecas elektrik di Ayer Hitam untuk berjam-jam lamanya, namun kurang 30 minit sahaja pun. Lega rasanya….

Spesifikasi EX30 pasaran Malaysia ini nampaknya jauh lebih baik dari versi pasaran Indonesia yang ditawarkan hanya dalam versi motor tunggal dan bateri LFP 51 kWj yang memberikan jarak gerak 476 km.

Secara keseluruhannya, BACALAH AUTO menzahirkan kekaguman pada Volvo EX30 Ultra Twin Performance yang sesuai untuk pemandu yang inginkan sebuah EV kompak sangat pantas dan mengujakan (bagaikan kereta sport) tanpa mengorbankan keselesaan, keselamatan dan kepraktikalan sebuah SUV bandar.

Volvo EX30 juga telah mencapai penarafan 5-bintang maksimum dalam ujian keselamatan Euro NCAP, mengesahkan bahawa ia sememangnya sebuah EV kompak yang meletakkan keselamatan pada tahap tertinggi.

Walaupun EX30 ini bersaiz kecil, ia masih tampil dengan rupa yang gagah dan lincah.

BACALAH AUTO tabik juga dalaman kabin EX30 kali ini, bukannya nampak sangat bermewah-mewah tetapi EX30 tampil dengan rekaan ringkas, terutamanya pada papan pemuka yang bukan sahaja tiada suis fizikal, malah turut tidak mempunyai paparan instrumen untuk pemandu.

Kesemua maklumat berkenaan dipaparkan pada hanya satu skrin utama di tengah bersaiz 12.3-inci yang diletakkan secara menegak. Kabin EX30 ini juga direka bagi menampilkan ruang storan yang versatil, tetapi dalam masa yang sama mengurangkan penggunaan pelbagai komponen.

Sebagai contoh, untuk sistem audio Harman Kardon pada SUV ini menampilkan soundbar yang dihasilkan secara bina-dalam pada papan pemuka, bagi menggantikan pembesar suara pada pintu depan di mana bahagian tersebut dihasilkan dengan ruang storan lebih besar.

Salute EX30, anda tidak mengecewakan langsung ! – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close