MalaysiaPilihan Editor

Bekas Pengurus Akaun Hadapi 114 Tuduhan Pecah Amanah

Seorang bekas pengurus akaun syarikat perabot mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 114 pertuduhan pecah amanah bernilai lebih RM2.5 juta antara 2017 hingga 2019.

Mohd Reazal Mohd Yassin, 48, membuat pengakuan berkenaan di hadapan Hakim Irwan Suainbon, bagi 114 pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati melakukan pecah amanah membabitkan wang tunai dan cek berjumlah lebih RM2.5 juta bermula 20 Julai 2017 hingga 5 November 2019.

Tertuduh didakwa melakukan semua kesalahan itu di sebuah syarikat perabot di Kundang Ulu, Gerisik, dekat Tangkak.

Dalam rayuannya, tertuduh meminta mahkamah mengurangkan jaminan kerana tidak bekerja dan menghidap kencing manis serta darah tinggi manakala isterinya juga tidak sihat.

Hakim kemudiannya menetapkan ikat jamin berjumlah RM114,000 bagi semua pertuduhan dan menetapkan 5 Oktober depan bagi sebutan semula kes, serahan dokumen serta lantikan peguam. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close