GovernansMalaysiaPilihan Editor

Kursus Ketahanan Nasional Untuk Pegawai Tinggi Swasta, Kerajaan

Maktab Ketahanan Nasional (MKN) akan menawarkan Kursus Ketahanan Nasional (KKN) kepada Pegawai Tertinggi dalam sektor swasta dan pegawai kerajaan gred 52 sehingga 54 yang akan dilaksanakan bermula 2023.

Komandan MKN, Mejer Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaafar, berkata sebelum ini KKN berkenaan hanya ditawarkan kepada pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Komandan Maktab Ketahanan Negara (MKN) Mejar Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaafar. - Foto Bernama Komandan Maktab Ketahanan Negara (MKN) Mejar Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaafar. – Foto Bernama

Beliau berkata, menerusi kursus itu, pegawai berkenaan akan diterapkan dengan tiga modul utama iaitu Nasional, Keselamatan Antarabangsa dan Keselamatan Ketenteraan.

“Setiap modul mengambil masa tiga bulan, berbanding kursus yang ditawarkan kepada pegawai ATM ini, mereka perlu melengkapkan dalam tempoh setahun.

Pada majlis berkenaan, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang turut menyampaikan sijil kepada pegawai yang menyertai KKN.

KKN Kohort 2021 yang bermula 4 Januari lalu itu adalah siri kedua yang diadakan serta disertai oleh peserta berpangkat Kolonel dan Brigedier Jeneral atau setaraf. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close