Duniaku TeknokratPilihan Editor

KWSP, PETRONAS Institusi Paling Dipercayai Rakyat Malaysia

Tahap kepercayaan rakyat Malaysia terhadap syarikat dan institusi utama di negara ini kekal kukuh pada 2022, demikian menurut syarikat penyelidikan pasaran, Ipsos.

Berdasarkan kepada Indeks Kepercayaan Ipsos, tahap kepercayaan tahun lalu berada pada tahap yang sama seperti pada 2021, meningkat perlahan-lahan pasca pandemik.

“Seperti tahun sebelumnya, kepercayaan terhadap syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pengawal selia terutamanya kukuh dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan PETRONAS menjadi dua entiti paling dipercayai di Malaysia,” kata Pengarah Bersekutu Hal Ehwal Awam Ipsos, Lars Erik Lie dalam satu laporan.

Syarikat lain dalam senarai lima entiti utama paling dipercayai terdiri daripada nama baharu iaitu Nestle, Projek Lebuhraya Utara-Selatan Bhd (PLUS) dan Petron.

Menurutnya, syarikat dalam sektor media dan barangan pengguna laris mendapat kepercayaan tinggi pada 2022 manakala syarikat perkhidmatan telekomunikasi dan perkhidmatan kewangan berada di tahap yang rendah.

Meskipun sektor perkhidmatan kewangan mencatatkan sedikit keuntungan tahun lalu berbanding 2021, kepercayaan terhadap sektor berkenaan kekal sederhana susulan kesan daripada kenaikan kadar faedah, katanya.

Kaji selidik Ipsos membabitkan 6,000 temu bual bersemuka yang dijalankan di seluruh negara pada separuh kedua 2022. -BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close