MalaysiaPilihan Editor

Lebih 52,000 Tiket Sudah Terjual Aksi Malaysia-Singapura

Ayuh pemain ke-12 penuhkan Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini!

Bahang aksi terakhir peringkat kumpulan antara Malaysia dan Singapura terus dihangatkan selepas 52,034 tiket sudahpun terjual bagi pertembungan ‘Tetangga Seberang Tambak’ itu.

Perkembangan itu disahkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi laman rasmi Facebooknya dengan tiket perlawanan itu masih lagi boleh didapati pada harga serendah RM30.

Dengan angka jualan yang diumumkan FAM setakat jam 2.30 petang tadi, ini satu perkembangan yang memberangsangkan apatah lagi aksi terbabit berlangsung pada hari bekerja dan ia bukanlah perlawanan final.

Sebagai rekod, anak buah Kim Pan Gon perlu menewaskan Singapura untuk meneruskan kemaraan ke separuh akhir Piala AFF 2022.

Berbeza buat Singapura yang mengutip tujuh mata kerana mereka memiliki kelebihan apabila hanya perlu seri untuk melangkah ke separuh akhir. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close