Duniaku TeknokratPilihan Editor

Felda Satu Entiti Sosioekonomi Berskala Besar Yang Penting Kepada Negara – Kata Pengerusi BN

oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

“Felda kini muncul sebagai satu entiti sosioekonomi berskala besar yang amat penting kepada negara dengan perladangan sebagai tunjang utama,” kata Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam entri Facebook rasminya,  beliau yang juga Presiden UMNO menyifatkan entiti (Felda) ini berpotensi untuk berkembang.

“Ini kerana kita yakin dengan semangat para peneroka di seluruh negara yang kental.

“Sanggup berkorban dan berusaha tanpa jemu,” kata Ahmad Zahid.

Malahan Pengerusi BN menyifatkan kejayaan Felda bersandar kuat kepada semangat meneroka dalam kalangan peserta yang pada ketika itu tiada siapa yang dapat menjangka apakah hasilnya.

Kerajaan yang menjadi arkitek mencetuskan idea pembukaan tanah rancangan merupakan suatu usaha berpandangan jauh pimpinan.

Hari ini, Ahmad Zahid berkata, kita bersyukur dan berterima kasih kepada semua peneroka Felda di seluruh negara yang telah memberi sumbangan bermakna sejak penubuhannya.

“Gabungan kerjasama kerajaan dan peneroka inilah yang berjaya menangani isu kemiskinan dan hambatan keselamatan pada peringkat awal penubuhan Felda,” katanya.

Selamat Menyambut Hari Peneroka 2020. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close