GovernansMalaysiaPilihan Editor

Lesen Digital: Kementerian Jimat RM96 Juta Setahun

Kementerian Pengangkutan berjimat kira-kira RM96 juta setahun dengan pendigitalan Lesen Kenderaan Motor dan lesen memandu persendirian.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata penjimatan itu akan digunakan untuk proses pendigitalan dalam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Beliau berkata, penjimatan itu boleh dibuat melalui pelekat yang dicetak dan lesen yang dikurangkan.

“Penjimatan itu akan digunakan secara dalaman, iaitu dengan menaik taraf aplikasi dan pendigitalan.

Beliau berkata, rakyat juga mendapat manfaat ketika memperbaharui lesen kerana tidak perlu membayar caj kepada pihak ketiga bagi penghantaran pelekat secara fizikal.

“Fasa seterusnya pendigitalan penguatkuasaan hanya perlu kamera untuk mengesan status kenderaan.

“Sementara itu, JPJ dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memberi tumpuan kepada advokasi supaya rakyat menuju ke arah digitalisasi,” katanya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close