Peniaga kecil disarankan untuk bijak menguruskan kewangan hasil daripada perniagaan dalam usaha memastikan mereka dapat mengembangkan perniagaan dengan lebih baik.
Katanya, semua orang boleh memulakan perniagaan kecil-kecilan mereka, tetapi sekiranya tidak tahu menguruskan pendapatan dan perbelanjaan juga tidak berguna.
“Justeru kolaborasi antara Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk program literasi kewangan adalah satu kemahiran dan pengetahuan yang disifatkan amat baik untuk diaplikasi oleh peniaga.
“Pada masa sama, kita juga menghulurkan sumbangan kepada golongan B40 pada bulan Ramadan ini, malah tak nafikan ada juga golongan yang bukan B40 juga memerlukan bantuan,”katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan pada Program Gerobok Kasih Edisi Ramadan 2024, di sini, hari ini.
Program dengan kerjasama antara YWP dan BSN itu akan dilaksanakan di empat lokasi berbeza dengan pengisian aktiviti kebajikan, pendidikan dan programkeagamaan bagi golongan memerlukan di sekitar Kuala Lumpur.