MalaysiaPilihan Editor

Malaysia Merosot Ke Tangga 107 Indeks Kebebasan Media

Malaysia jatuh 34 anak tangga apabila memperoleh skor 52.07 mata berbanding 62.83 pada tahun lalu.

Kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia jatuh 34 anak tangga ke kedudukan ke-107 berbanding 73 tahun lalu.

Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang disiarkan Reporters Without Borders (RSF) hari ini menunjukkan Malaysia memperoleh skor 52.07 mata.

Berada di tangga ke-107 bermakna Malaysia berada di bawah negara jiran Thailand (87) tetapi di kedudukan kedua dalam kalangan negara Asean iaitu Indonesia (111), Brunei (117), Singapura (126), Filipina (134), Kemboja (151), Laos (153), Myanmar (171) dan Vietnam (174).

Bagaimanapun, Malaysia berada di bawah negara seperti Nepal (74), Serbia (98), Israel (101), Mozambique (105), dan Maldives (106).

Indeks itu yang diterbitkan di laman sesawang RSF membandingkan tahap kebebasan media di 180 negara dan rantau di seluruh dunia.

Pada tahun lalu, Amnesty International mendakwa kebebasan bersuara di Malaysia merosot selepas lebih setahun kerajaan perpaduan berkuasa.

Bagaimanapun, jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil menafikan dakwaan itu dan berkata tiada wartawan ditangkap atau portal berita ditutup sepanjang kerajaan perpaduan berkuasa.

Fahmi juga menegaskan “ada perbezaan antara kebebasan bersuara dengan fitnah”. – FMT

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close