MalaysiaPilihan Editor

MELAKA MEMILIH: Kekuatan 5 Calon Wanita BN Sangat Penting Menyumbang Kepada Kemenangan BN Di PRN Melaka – Norliza

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

“Kekuatan kepada kelima-lima calon Wanita  Barisan Nasional (BN) ini sangat penting bagi menyumbang kepada kemenangan BN di dalam PRN Melaka nanti,” kata-kata yang penuh keyakinan daripada Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Norliza Abdul Rahim.

Menurut Norliza yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia, calon-calon Wanita BN adalah calon yang dinamik dan mempunyai imej segar dalam membawa kepada pembaharuan demi kebaikan pengundi.

“Kekuatan jentera Jalinan Rakyat (JR) dan JR Plus adalah sumber mendekati pengundi dalam keadaan kempen pilihan raya dalam norma yang baharu.

“Lima calon Wanita yang diketengahkan iaitu tiga dari Wanita UMNO dan masing-masing satu dari Puteri dan MCA mempunyai faktor ‘WOW” untuk menang,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini.

Walaupun calon Wanita PRN Melaka kali ini sekadar 18 peratus daripada keseluruhannya pencalonan BN, Norliza menegaskan kekuatan kepada kelima-lima calon Wanita ini sangat penting bagi menyumbang kepada kemenangan BN di dalam PRN Melaka nanti.

PRN Melaka ini tidak pernah dilakukan BN dalam mana-mana pilihan raya sebelum ini malahan menampakkan komitmen BN untuk melakukan perubahan demi rakyat Melaka.

Ciri yang paling utama kali ini diketengahkan ialah calon yang setia kepada parti.

Aspirasi BN mengetengahkan 49 peratus calon berusia 50 tahun ke bawah yang memperlihatkan calon-calon muda ini boleh menawarkan perkhidmatan terbaik dan kuat bekerja untuk rakyat selari dengan slogan BN – “Kestabilan Demi Kemakmuran”. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close