Kedai RuncitPilihan Editor

MARA Lahir 645 Usahawan Platinum

Majlis Amanah Rakyat (MARA) berjaya melahirkan 645 Usahawan Platinum dengan nilai jualan tahunan mencecah RM3.5 bilion.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata kejayaan usahawan terbabit secara tidak langsung mencipta sebanyak 21,457 peluang pekerjaan.

“MARA juga bertindak sebagai penggerak utama memimpin usahawan Bumiputera daripada hanya menjadi ‘Regional Champion’ kepada ‘Global Champion’.

“MARA sentiasa mencari peluang dan kerjasama dengan agensi kerajaan, kementerian, pihak swasta, pemain industri serta badan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha melahirkan lebih ramai usahawan kompeten dan berdaya saing,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, antara inisiatif dilaksanakan ialah pengecualian bayaran sewa dan kadar bayaran sewaan premis MARA sebanyak 30 peratus membabitkan 5,971 penyewa.

“Tahun lalu, impak COVID-19 hanya membabitkan tiga peratus usahawan terpaksa menutup operasi perniagaan. Proses kebangkitan semula usahawan ini turut disokong dengan penyaluran peruntukan 2022 berjumlah RM398.5 juta.

“Setakat bulan lalu, seramai 12,812 usahawan menerima manfaat kemudahan yang disediakan, dengan jumlah kelulusan permohonan sebanyak RM464 juta,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, program keusahawanan MARA dilengkapi ekosistem sewaan lot perniagaan kepada usahawan.

Setakat ini, sejumlah 6,680 daripada keseluruhan 7,317 lot perniagaan MARA diisi oleh usahawan dengan janaan sewaan tahunan lebih RM1 bilion. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close