MalaysiaPilihan Editor

UIAM: Penjenamaan Semula “Kulliyyah of Languages and Management (KLM)” kepada”Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages (KSTCL)”

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mendapat kelulusan penjenamaan semula “Kulliyyah of Languages and Management (KLM)” kepada”Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages (KSTCL)”, baharu-baharu ini.

Kelulusan penjenamaan itu dipersetujukan Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Tinggi  selepas  diluluskan dalam Mesyuarat Senat UIAM serta mendapat konsensus dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Gabenor UIAM.

lanya juga termaktub berdasarkan Jadual Pertama, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30], di mana kuasa untuk meluluskan sebarang penubuhan/penstrukturan/penjenamaan atau penukaran taraf fakulti, sekolah, pusat akademi dan institut itu telah diperuntukan kepada senat di setiap universiti.

Selain itu, penjenamaan semula KSTCL mencerminkan perkembangan bidang fokus akademik dan kesepaduan antara program pelancongan mampan serta bahasa kontemporari seiring dengan perkembangan semasa.

Ia selari dengan tujuan KSTCL ditubuhkan dalam menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang bahasa untuk komunikasi profesional dan pelancongan mampan.

Kampus yang terletak di Hab Pendidikan Tinggi Pagoh, Johor ini komited untuk melahirkan intelek dan profesional yang berkualiti serta tenaga kerja di masa hadapan yang seimbang dari segi sahsiah, intelek dan kemahiran selain mempunyai rasa empati dan kesedaran yang tinggi untuk membantu komuniti di sekelilingnya.

KSTCL menawarkan kursus-kursus di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah(PhD) seperti Bahasa Inggeris Untuk Komunikasi Antarabangsa, Bahasa Arab Untuk Komunikasi Antarabangsa, Bahasa Melayu Untuk Komunikasi Antarabangsa, Bahasa Inggeris Untuk Tujuan Khusus, Bahasa Arab Untuk Tujuan Khusus dan Pengurusan Pelancongan.

Selain itu, KSTCL juga menawarkan kursus-kursus bahasa asing seperti Bahasa Jepun, Bahasa Mandarin, Bahasa Korea dan Bahasa Perancis. – IIAM TODAY/BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close