MAB Kargo Sdn Bhd (MASkargo) melantik POS Aviation Sdn Bhd sebagai penyedia makanan dalam pesawatnya yang baharu, bermula 20 Julai 2020.
Pengurus Kanan Unit Kargo MASkargo Che Adenan Che Wan berkata POS Aviation akan menyediakan makanan sihat dan seimbang untuk kru teknikalnya, yang perlu menghabiskan masa yang panjang dalam operasi penerbangan.
“Oleh itu, makanan berkhasiat penting untuk memastikan mereka dapat terus memberi tumpuan semasa menjalankan tugas,” katanya dalam kenyataan.
“Kami dapat memberikan kepakaran kami dalam merancang menu untuk penyediaan dan penghantaran makanan, selain standard keselamatan makanan tanpa kompromi untuk pengalaman dalam penerbangan yang tidak dapat dilupakan,” katanya, sambil menambah, syarikat berharap dapat meluaskan kerjasamanya dengan MASkargo dalam bidang lain dalam industri penerbangan. — BERNAMA