MalaysiaPilihan Editor

Kerajaan Hilang Majoriti Dua Pertiga, Sukar Pinda Perlembagaan Negara

Tindakan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bertindak keluar daripada blok kerajaan bagi menjadi pembangkang kuasa ketiga menyebabkan Kerajaan Perpaduan tidak dapat mengekalkan majoriti dua pertiga.

Pakar perundangan dan perlembagaan, Prof Dr Nik Ahmad Nik Mahmood, berkata apabila kerajaan hilang sokongan majoriti dua pertiga itu, maka ini menjadi satu halangan besar untuk kerajaan meminda mana-mana perlembagaan negara pada masa yang diperlukan.

Katanya, tindakan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) itu dilihat sebagai rancangan strategi tertentu bagi mendapatkan sokongan daripada Kerajaan Perpaduan yang dilihat tidak mengendahkan beberapa permintaan parti itu.

“Apabila Syed Saddiq kini menyokong pembangkang, ia satu strategi mengugut atau ‘arm twisting’ supaya Pakatan Harapan (PH) menerima MUDA atau pun memberi lebih banyak konsesi diberikan dalam Kerajaan Perpaduan kepada parti itu,” katanya kepada BH.

Syed Saddiq menjelaskan tindakan itu sebagai protes terhadap keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 tuduhan berkait kes Yayasan Akalbudi yang MUDA anggap sebagai permulaan menormalisasikan rasuah.

Dengan keputusan itu, menjadikan jumlah pembangkang adalah 74 termasuk satu kerusi melalui Syed Saddiq.

Untuk rekod, pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu, MUDA bertanding menggunakan logo sendiri di empat kerusi iaitu Parlimen Muar, Parlimen Kepala Batas, Tanjong Karang, Tanjung Piai dan Kota Marudu, namun menang satu kerusi di Parlimen Muar.

Nik Ahmad Kamal juga tidak menolak kemungkinan, penarikan sokongan Syed Saddiq itu sememangnya kerana parti MUDA benar-benar mahu Kerajaan Perpaduan mengkaji dengan mendalam keputusan dan dasar semasa berkaitan dengan kes yang sedang dihadapi pemimpin kerajaan pada masa ini. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close