Kedai RuncitPilihan Editor

MBSB Bank Sedia Pembiayaan Khusus Peniaga Wanita

(Dari kiri) Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MBSB Bank, Datuk Nor Azam M Taib; Ketua Perbankan Korporat MBSB Bank, Noor Hanim Ahmad Kushairi; Presiden DEWANITA, Datuk Nor Haliza Hussain; dan Timbalan Presiden DPMM, Norsyahrin Hamidon selepas pemeteraian MoU antara MBSB Bank dan DPMM, hari ini
(Dari kiri) Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MBSB Bank, Datuk Nor Azam M Taib; Ketua Perbankan Korporat MBSB Bank, Noor Hanim Ahmad Kushairi; Presiden DEWANITA, Datuk Nor Haliza Hussain; dan Timbalan Presiden DPMM, Norsyahrin Hamidon selepas pemeteraian MoU antara MBSB Bank dan DPMM, hari ini

 

KUALA LUMPUR: MBSB Bank Bhd (MBSB Bank) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) bagi memperkasakan sumbangan ekonomi yang diusahakan oleh peniaga-peniaga wanita di seluruh negara.

MBSB dalam satu kenyataan berkata, kerjasama strategik yang dibentuk itu adalah untuk menyokong program yang akan dijalankan oleh sayap wanita DPMM iaitu Dewan Perniagaan Wanita Melayu (DEWANITA).

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MBSB Bank, Datuk Nor Azam M Taib, berkata kerjasama itu akan membantu mewujudkan kehadiran yang lebih besar dalam ruang perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Berdasarkan rancangan perniagaan MBSB Bank, kami menjangkakan untuk pertumbuhan sebanyak RM50 juta dalam aset pembiayaan daripada kerjasama ini,” katanya.

MoU berkenaan telah ditandatangani oleh Presiden DEWANITA, Datuk Nor Haliza Hussain dan Ketua Perbankan Korporat MBSB Bank, Noor Hanim Ahmad Kushairi.

Ia disaksikan oleh Nor Azam dan Timbalan Presiden DPMM, Norsyahrin Hamidon.

“Kami berharap agar program pembiayaan ini dapat menyokong pengembangan perniagaan dan keperluan kewangan mereka serta mempertingkatkan daya saing usahawan wanita yang berpotensi.

Sementara itu, Norsyahrin berkata, terdapat banyak syarikat tempatan yang ingin lebih berdaya saing tetapi memerlukan sokongan dari institusi perbankan.

“Dengan penawaran instrumen kewangan patuh syariah dan mensasarkan sektor PKS sebagai pelanggan utama mereka dapat menjadi sandaran usahawan Melayu dan Bumiputera khususnya dalam iklim pasaran yang terbuka dan kompetitif hari ini,” katanya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close