GovernansMalaysiaPilihan Editor

PASCA PRU15: 2 TPM Dalam 25 Jemaah Menteri Anwar, Kata Sumber

Dua timbalan perdana menteri dijangka dilantik dalam senarai 25 ahli Kabinet Datuk Seri Anwar Ibrahim, menurut sumber.

Menurut sumber itu kepada FMT, timbalan perdana menteri terdiri daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO.

PKR, UMNO, DAP dan GPS mungkin diberi jawatan menteri paling banyak. Warisan, Amanah dan UPKO juga dijadual dimasukkan dalam Jemaah Menteri pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.

Sumber itu juga berkata, Anwar dijangka mengumumkan Jemaah Menteri esok.

Sebelum ini, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang lebih dikenali sebagai Tok Mat dikatakan bakal mengisi satu daripada dua jawatan timbalan perdana menteri.

Anwar turut digesa supaya tidak menyenaraikan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam Jemaah Menteri dan Ahli Parlimen lain yang berdepan kes mahkamah yang sedang berjalan, termasuk Pengerusi DAP Lim Guan Eng dan Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta yang lain.

Bagaimanapun, semalam bekas naib presiden PKR Tian Chua berkata, Zahid memainkan peranan penting dalam pembentukan kerajaan perpaduan yang akhirnya menyaksikan BN bersetuju bekerjasama dengan PH, sebelum gabungan dan parti lain menyusuli selepas itu. – FMT/BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close