Dimensi BisnesPilihan Editor

Axiata Catat Untung Bersih Lebih Rendah, RM349.56 Juta

Axiata Group Bhd mencatatkan untung bersih yang sedikit rendah kepada RM349.56 juta pada suku ketiga berakhir 30 September 2021 (S3 TK2021) daripada RM352.99 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Pendapatan, bagaimanapun, meningkat 7.1 peratus kepada RM6.54 bilion daripada RM6.11 bilion, manakala pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) meningkat 0.7 peratus kepada RM2.86 bilion, katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.

Axiata berkata pendapatan operasi di Malaysia meningkat sebanyak 1.2 peratus kepada RM1.6 bilion, terutamanya dipacu oleh pertumbuhan dalam perniagaan mudah alih, manakala bagi Indonesia, hasil meningkat sebanyak 6.3 peratus kepada RM2 bilion disebabkan pertumbuhan dalam perniagaan mudah alih dan jalur lebar.

Operasi syarikat telekomunikasi itu di Bangladesh menyaksikan hasil berkembang 7.0 peratus kepada RM1 bilion berikut pertumbuhan dalam perniagaan prabayar manakala hasil di Sri Lanka meningkat 11.8 peratus kepada RM772.1 juta di tengah-tengah pertumbuhan merentas segmen hasil teras.

Berdasarkan prestasi setakat ini, kumpulan itu berkata ia yakin dapat mengatasi petunjuk prestasi utama (KPI) kepada pertumbuhan pertengahan satu angka dalam hasil dan EBITDA bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021. – BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close