MalaysiaPilihan Editor

MELAKA MEMILIH: Kalsom Calon Tertua PRN Antara Lapan Muka Baharu Dilantik EXCO Melaka

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tertua, Datuk Kalsom Nordin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu antara lapan muka baharu yang dilantik sebagai EXCO kerajaan negeri di bawah kepemimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya menunjukkan keberanian dan kegigihan yang luar biasa sewaktu berkempen tempoh hari, sekaligus menidakkan pihak tertentu yang memperlekehkan usianya itu.

Di samping itu, BH Online melaporkan, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh antara lapan muka baharu yang dilantik sebagai EXCO kerajaan negeri.

Ab Rauf yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara akan mengetuai portfolio Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan negeri.

Sulaiman ketika mengumumkannya, berkata selain itu, muka baharu yang dilantik adalah ADUN Serkam, Datuk Zaidi Attan (EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar); ADUN Telok Mas, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman (EXCO Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani);

Turut dilantik, ADUN Gadek, VP Shanmugam (EXCO Belia, Sukan dan NGO); ADUN Pengkalan Batu, Datuk Kalsom Nordin (EXCO Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan) serta ADUN Merlimau, Dr Akmal Saleh (EXCO Kesihatan dan Antidadah);

 

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali mengumumkan senarai nama Exco Kerajaan Negeri Melaka ketika sidang media di Pejabat Ketua Menteri, Seri Negeri, Melaka hari ini. - NSTP/Syafeeq Ahmad
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali mengumumkan senarai nama Exco Kerajaan Negeri Melaka ketika sidang media di Pejabat Ketua Menteri, Seri Negeri, Melaka hari ini. – NSTP/Syafeeq Ahmad

Sulaiman berkata, beliau akan mengetuai portfolio Perancang Ekonomi, Kewangan, Pembangunan Tanah, Agensi Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Hal Ehwal Agama, manakala ADUN Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis kekal menerajui portfolio Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan.

Sementara ADUN Ayer Molek, Datuk Rahmad Mariman pula dilantik sebagai Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir.

 

ADUN Ayer Molek, Datuk Rahmad Mariman. - NSTP/Syafeeq Ahmad
ADUN Ayer Molek, Datuk Rahmad Mariman. – NSTP/Syafeeq Ahmad

“Senarai EXCO berkenaan dipersetujui oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam dan Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Simpan Rahsia akan berlangsung petang ini,” katanya.

Beliau turut yakin barisan EXCO berkenaan mampu menggalas tanggungjawab untuk membangunkan Melaka, sekali gus dapat menggerakkan usaha merealisasikan manifesto serta aku janji Barisan Nasional (BN) yang dibuat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu. – BACALAHMALAYSIA.MY/BH ONLINE

 

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close