Dimensi BisnesPilihan Editor

Malaysia Airlines Tawar Diskaun Tambang 20 Peratus

Malaysia Airlines mempelawa pelancong untuk menempah percutian ke destinasi impian mereka dengan diskaun sehingga 20 peratus untuk tambang ke destinasi domestik dan antarabangsa, boleh didapati mulai sekarang hingga 10 Ogos 2023 untuk perjalanan segera sehingga 15 Disember 2023.

Menurut Malaysia Airlines dalam kenyataan hari ini, destinasi domestik bermula daripada RM89 melalui tambang Economy Lite syarikat penerbangan itu, yang disertakan dengan elaun bagasi kabin seberat tujuh kilogram, snek atau makanan dan minuman percuma serta hiburan dalam penerbangan.

“Bagi mereka yang ingin meneroka destinasi antarabangsa, nikmati tambang termasuk semua sehala bermula daripada hanya RM249 untuk Economy Basic.

“Tambang Economy Basic termasuk elaun bagasi daftar masuk 20 kilogram percuma, elaun bagasi kabin tujuh kilogram, snek atau makanan dan minuman percuma serta hiburan dalam penerbangan,” katanya.

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close