MalaysiaPilihan Editor

Bot Penambang Solar, Bakal Tarikan Baharu Pelancongan Terengganu – Razali Idris

Bot penambang bertenaga solar !

Bakal tarikan pelancongan yang inovasi di Terengganu ini !

Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berasakan sudah tiba masanya kerajaan Terengganu mengaktifkan semula aktiviti menelusuri sungai menggunakan bot penambang yang dirancang dikuasakan sepenuhnya oleh tenaga solar.

“Ini bertujuan meningkatkan kunjungan pelancong ke negeri ini.

“Bot penambang yang sekian lama menggunakan enjin  mungkin kita akan buat untuk dinaik taraf kepada penggunaan tenaga solar, seperti dilaksanakan ke atas beca pelancongan.

“Projek percubaan penggunaan tenaga solar untuk beca roda tiga yang dilaksanakan kerajaan negeri didapati berjaya menarik kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara, jadi kita akan cuba pula ke atas bot penambang.

“Jika penggunaan tenaga solar oleh bot penambang berjaya, ia mampu merancakkan lagi ekonomi sektor pelancongan di negeri ini,” katanya ketika mengadakan lawatan ke tapak Payang Walk di Dataran Shah Bandar, di sini.

Sebagai contohnya pengendali beca roda tiga yang mampu memperoleh antara RM300 hingga RM400 setiap kali program ‘Payang Walk’ diadakan selepas pengangkutan tradisonal itu dinaik taraf menggunakan tenaga solar. Program pelayaran di sungai menggunakan bot tanpa enjin juga mampu menarik minat pelancong selain menambah pendapatan operator bot penambang.
Berkait program ‘Payang Walk’ yang diperkenalkan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bulan lalu, Razali yang juga ADUN Kijal berkata, jumlah antara 3,000 hingga 4,000 pelancong dari dalam dan luar negara mengunjungi program itu setakat ini.

“Hasil jualan 150 peniaga yang menjual pelbagai makanan tradisonal dan kraftangan, keseluruhannya RM270,000 dalam tempoh tiga kali program ‘Payang Walk’ diadakan.

“Kita akan perluaskan program ini ke kawasan tarikan pelancongan lain di seluruh Terengganu secara berperingkat,” katanya. – BACALAHMALAYSIA.MY/BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close