Dimensi BisnesPilihan Editor

5 Cara Untuk Membawa Alam Semula Jadi ke Dalam Rumah Anda Sempena Musim Perayaan

Musim perayaan sepanjang bulan Disember dan Januari yang ditunggu-tunggu akan tiba tidak lama lagi, dan mungkin ada antara anda yang sudah membuat persediaan untuk sambutan penuh ria.

Ada juga yang mungkin sudah tercari-cari perhiasan Krismas terbaik atau sudah mula menempah pakaian sempena Tahun Baru Cina untuk acara penting tahunan iaitu jamuan makan besar. Baik orang dewasa mahupun kanak-kanak, persiapan untuk musim tersebut merupakan sesuatu yang penuh keseronokan. 

Namun begitu, perayaan penuh meriah tidak akan lengkap tanpa semangat kekitaan, perbualan rancak, dan perkumpulan antara keluarga di ruangan rumah yang penuh selesa.

Oleh itu, kini merupakan saat yang paling tepat untuk mula menghias dan menambah baik rumah anda, dengan sentuhan warna-warna dan gaya peribadi anda untuk suasana perayaan penuh meriah. 

Musim ini, AkzoNobel ingin berkongsi kepakaran kami dan beberapa inspirasi untuk membolehkan anda membawa alam semula jadi dan suasana perayaan ke dalam rumah anda. Menampilkan Warna Tahunan 2023 AkzoNobel iaitu Wild Wonder (Winter’s Silence, 50YY 49/191) dan palet-palet pelengkap warna tersebut (Warna Lush, Warna Buzz, Warna Raw dan Warna Flow), warna-warna ini akan merangsang kreativiti dan menceriakan rumah anda untuk sambutan Krismas dan Tahun Baru Cina yang akan datang. 

Ruang Tamu yang Penuh Kemesraan dan Keceriaan

Ruang tamu sering dinamakan sebagai ruang yang paling penting di sesebuah rumah kerana banyak masa selalunya dihabiskan di sini untuk berbual mesra dan beristirahat bersama yang tersayang. 

Untuk tema Krismas dan Tahun Baru Cina, gunakan rona-rona terang dari alam semula jadi yang dipenuhi tenaga dan perasaan positif, namun masih harmoni dan ceria.

Set bilik ini tampak berani melalui efek cat yang dihasilkan dengan menggabungkan warna-warna Vandyke Red dan Wild Wonder. Palet Buzz ini menghasilkan suasana ruang tamu yang mewah dan penuh tenaga, dan pada masa yang sama hangat dan menimbulkan rasa gembira. 

Sekiranya anda berminat untuk mencipta kesan yang sama di rumah anda, warna-warna yang digunakan ialah:

Vandyke Red (50YR 15/377)

Winter’s Silence (50YY 49/191)

St. Charles Street (90RR 28/245)

Bilik Tidur yang Ceria dan Positif

Warna Tahunan 2023 AkzoNobel, Wild Wonder, diilhamkan daripada rona-rona hangat tanaman yang dituai. Seri keceriaannya menghubungkan seseorang dengan alam semula jadi, seterusnya mencipta kesan bertenaga dan positif.  

Hal inilah yang mengilhamkan set bilik ini. Warna-warna kontra digunakan untuk menghasilkan ciri dinding utama yang menarik perhatian.

Palet Buzz digunakan bersama-sama Warna Tahunan 2023, Wild Wonder, untuk sebuah kombinasi penuh ria, hangat, dan mesra untuk sebuah ruang rehat yang sempurna untuk pengakhiran hari yang dipenuhi pelbagai sambutan. 

Sekiranya anda ingin menginginkan hasil yang sama di rumah anda, warna-warna yang digunakan ialah:

Coastal Beige (90YR 51/109)

Winter’s Silence (50YY 49/191)

St. Charles Street (90RR 28/245)

Ruang Memasak Penuh Inspirasi

Makanan memainkan peranan besar dalam kebanyakan sambutan perayaan. Hal ini dijadikan asas kepada cadangan kami – suasana mewah yang digabungkan dengan ruangan dapur yang luas – untuk merangsang kreativiti kulinari anda saat menyediakan pelbagai juadah enak untuk para tetamu. 

Set bilik dapur ini menampilkan rona-rona pekat kayu manis dan buah pala di dinding utama dapur, dan ia diserlahkan lagi dengan motif yang dicat menggunakan warna Wild Wonder. Penggunaan palet Raw membawa elemen alam semula jadi di samping menampilkan rasa malar segar di ruangan ini.

Hasilnya adalah sebuah dapur yang terinspirasi daripada warna-warna alam semula jadi dengan rona hangat yang melengkapi perabot kayu asli.

Sekiranya anda inginkan kesan yang sama, warna yang digunakan dalam set bilik ini ialah:

Rosemont Hall (30YR 16/162)

Winter’s Silence (50YY 49/191)

Century Brown (80YR 19/177)

Bawa Keseimbangan Kepada Ruang Kerja Anda

Walaupun ruang kerja jarang diberi perhatian ketika suasana perayaan, tidak salah untuk membawa sedikit perubahan ke ruang tersebut, apa lagi kini semakin ramai yang bekerja dari rumah. 

Ruang ini perlu menimbulkan rasa tenang dan menarik untuk menjadi tempat di mana kita boleh menumpukan perhatian dan berasa kreatif. Diilhamkan dari fenomena pasang surut air laut, ombak dan irama semula jadi bumi daripada palet Flow, rona-rona yang digunakan dalam set bilik ini memberikan rasa ketenangan dan keseimbangan, di samping rasa segar dan kontemporari.

Di sini, dinding utama berona biru lembut memantulkan cahaya semula jadi, manakala ungu pucat dan Warna Tahunan 2023 Dulux, Wild Wonder, menambah rasa hangat dan berfungsi sebagai titik tumpu visual.

Sekiranya anda berminat untuk mencipta kesan yang sama di rumah anda, warna-warna yang digunakan ialah: 

Blueberry Mash (14BB 55/113)

Silver Trophy (30BB 53/012)

Winter’s Silence (50YY 49/191)

Ruang yang Selamat dan Menenangkan 

Di sebalik hiruk-pikuk keseronokan perayaan, jangan lupa untuk mencipta sebuah ruangan yang menenangkan dan penuh santai untuk si kecil. Rona-rona hijau lembut dalam palet Lush yang lembut dan selesa mewujudkan suasana yang tenang dan selamat untuk bilik kanak-kanak. 

Dihasilkan dengan mengecat jaluran halus (dalam warna ungu lembut dan Warna Tahunan 2023 AkzoNobel, Wild Wonder) pada dinding hijau lembut, motif papan dam ini menambahkan sentuhan riang pada bilik kanak-kanak sambil mengekalkan rasa ketenangan.

Sekiranya anda inginkan kesan yang sama, warna yang digunakan dalam set bilik ini ialah:

Kaki Daylight (20GY 46/067)

Silver Mauve (70RB 50/062)

Winter’s Silence (50YY 49/191)

Kami harap anda terinspirasi dengan keajaiban alam semula jadi untuk mencipta suasana perayaan di rumah anda. Semoga rona semula jadi bercahaya Wild Wonder dan palet-palet pelengkapnya membawa lebih banyak keceriaan untuk anda dan yang tersayang sempena Krismas dan Tahun Baru Cina ini. 

Ketahui bagaimana untuk mewarnai dinding-dinding anda sambil mewujudkan keajaiban alam semula jadi di dalam rumah anda dengan Warna Tahunan 2023 Akzonobel melalui www.dulux.com.my.  – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close