Kedai RuncitMalaysiaPilihan Editor

MEMILIH PRU15: Perubahan Pembangunan Di Waterfront Bagan Datuk, Ubah Hidup Lebih Baik Peniaga

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

Hanya mahu dikenali sebagai Man, seorang peniaga di wateirfront  amat bersyukur dengan usaha Ahli Parlimennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang tidak pernah putus berusaha membangunkan waterfront Bagan Datuk, akhirnya telah mengubah kehidupannya.

Daripada penjual air dan kemeja-t yang pendapatan tidak menentu, kini Man mampu menyediakan perkhdmatan penyewaan motosikal elektrik untuk orang ramai ingin bersantai di waterfront, terutama pada hujung minggu atau cuti umum.

“Datuk Seri Zahid (Ahli Parlimen) telah membawa pembangunan di Pekan Bagan Datuk ini dan terpulanglah kepada kita (peniaga) mencari peluang-peluang perniagaan yang berkaitan dengan kemudahan pembangunan itu.

“Jika kita hanya jadi penonton, apa saja pembangunan yang dibawa oleh beliau (Zahid) tidak dimanfaatkan,” katanya ketika ditemui di restoran kepala ikan Manaf.

Man menyifatkan bahawa Datuk Seri (Zahid) telah banyak membawa pembangunan di Bagan Datuk daripada sebuah kawasan penanaman kelapa kini menjadi daerah termuda di Perak dengan pelbagai kemudahan.

“Orang luar yang tidak pernah sampai ke Bagan Datuk pasti ingat ada bangunan-bangunan tinggi dan menuduh tiada pembangunan.

“Mereka harus tahu sejarah Bagan Datuk yang sebelum ini terpaksa berkongsi pembangunan kerana ia bukan sebuah daerah tetapi di bawah pentadbiran Hilir Perak.

“Hanyalah apabila Datuk Seri Dr Ahmad Zahid berusaha menjadi Bagan Datuk daerah ke-12 di Perak, pelbagai pembangunan dibawanya.

“Sayang setelah BN kalah pada 2108 banyak projek dibatalkan oleh Guan Eng (Menteri Kewangan sewaktu zaman kerajaan Pakatan Harapan) dan ada yang hanya setengah jalan saja,” katanya.

Man bersyukur juga dengan rakannya yang mengenakan sewa yang murah untuk menempatkan semua motosikal elektriknya yang dibeli dari Kuala Lumpur.

Tinjauan turut mendapati persekitaran waterfront Bagan Datuk pun terdapat banyak motel dengan kadar harga sewa yang berpatutan bagi pengunjung luar.

Malahan berdekatan kawasan waterfront juga terdapat banyak homestay, jadi tiada masalah kepada mereka yang hendak bermalam di Bagan Datuk. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close