MalaysiaPilihan Editor

MEMILIH PRU15: Bermula, Proses Penamaan Calon Jadi Tumpuan Hari Ini

Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bermula hari ini dengan proses penamaan calon berlangsung di 222 pusat penamaan calon di seluruh negara bermula 9 hingga 10 pagi.

Sebanyak 222 kerusi Parlimen dan 116 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) melibatkan tiga negeri iaitu Perak, Pahang dan Perlis dipertandingkan.

Turut diadakan serentak adalah penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Bugaya, Sabah.
Enam negeri masing-masing tiga di bawah Pakatan Harapan iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang serta tiga negeri di bawah Perikatan Nasional iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu tidak membubarkan DUN.

Sabah, Melaka dan Johor di bawah pentadbiran Barisan Nasional tidak membubarkan DUN masing-masing kerana tidak mencapai tempoh matang selepas pilihan raya negeri diadakan dalam tempoh 2020-2022.

Manakala Sarawak pula telah mengadakan pilihan raya negeri pada Disember tahun lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 19 Nov dan pengundian awal pada 15 Nov.

Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 bermula hari ini selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding dan akan berakhir pada 11.59 malam, 18 Nov.

Pada PRU kali ini seramai 21,173,638 pemilih yang terdiri daripada 20,905,366 pengundi biasa, 146,737 tentera serta pasangan, 118,794 polis serta pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) dan 2,741 orang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara, layak mengundi.

Berikut adalah perkembangan terkini proses penamaan calon PRU15 :

Setakat 7.30 pagi : — BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close