MalaysiaPilihan Editor

MENJELANG PRU15: BN Tampil 70 Muka Baharu, Muktamad Calon 3 Ke 5 Hari Sebelum Penamaan

Barisan Nasional (BN) akan menampilkan 70 muka baharu dan memuktamadkan senarai calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) selewat-lewatnya tiga hingga lima hari sebelum hari penamaan calon.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata perkara itu akan dimuktamadkan hasil perbincangan bersama parti komponen.

Beliau berkata, kehadiran calon baharu sudah diuji pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka serta Johor yang lalu dan mereka diterima baik oleh pengundi.

“Ketika itu, kita tampilkan 84 peratus muka baharu di Melaka dan 72 peratus di Johor. Pengundi mahukan muka baharu ini untuk beri semangat baharu kepada parti dan berkhidmat kepada rakyat diwakili,” katanya.

Turut hadir, Perdana Menteri, yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pengerusi Perhubungan BN Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Beliau berkata, ia bagi membolehkan parti memberi tumpuan untuk mencatat kemenangan pada pilihan raya umum kali ini.

“Namun, kita berazam dengan keputusan yang dibuat oleh parti dan pihak yang berkenaan tidak lagi bersama dengan kita.

“Azam kita adalah untuk terus memperkukuhkan jentera parti komponen bersama-sama dengan parti Friends of BN serta beberapa pihak yang kita jangka boleh memberikan dokongan kepada calon kita untuk memenangi kerusi pada PRU-15,” katanya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close