Pilihan EditorTurun Naik

Kerajaan Perlu Lebih Cakna Keperitan Rakyat – Peguam Muda Kampung

  Oleh Faisalludin Yusuff

 

Peningkatan demi peningkatan wabak Covid-19 terutama selepas PRN Sabah baru-baru ini sangat membimbangkan.

Negara baharu sahaja melalui saat sukar bermula April tahun ini dan kini sekali lagi kita wajib bersatu padu menghadapi situasi yang membimbangkan ini.

Walaupun kini, pihak Kerajaan khasnya Kementerian Kesihatan dan petugas barisan hadapan lebih bersedia dan berpengalaman menghadapi wabak ini, tetapi kesan, khususnya kepada sosioekonomi rakyat masih belum menampakkan pemulihan sepenuhnya.

Kerajaan wajib melaksanakan beberapa langkah segera dan berkesan dalam memastikan ekonomi rakyat dan negara dapat dipulihkan dengan pantas.

Pembentangan Belanjawan Tahun 2021 pada November ini harus mengambil kira kadar pengangguran rakyat yang semakin meningkat, penutupan dan pengecilan operasi perniagaan oleh syarikat tempatan yang berdaya saing, manfaat dan skim perlindungan kepada para petugas barisan hadapan yang berjuang menghadapi wabak Covid-19,  insentif cukai, kebajikan kakitangan awam selain perancangan khusus berkaitan kebajikan ekonomi rakyat yang terkesan secara langsung dengan wabak Covid-19.

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang  memerintah sewaktu negara ini diuji dengan kekurangan sumber pendapatan kesan kawalan ke atas Covid-19.

Selain sumber pendapatan negara yang terhad, perbelanjaan semakin meningkat bagi memastikan kesihatan dan keselamatan rakyat negara ini diberikan perlindungan terbaik.

Namun, amanah dan tanggungjawab ini harus dipikul dengan penuh bijaksana. Kerajaan PN seharusnya sudah sedia maklum, sesetengah cabaran ini boleh diatasi dengan menstabilkan suhu politik.

Saya percaya, UMNO pasti sentiasa berlapang dada untuk bekerjasama mengharungi detik-detik sukar ini khususnya memastikan R-Naught di paras bawah 0.5 bagi mengekang penularan wabak dalam komuniti.

Pada masa yang sama, beberapa isu yang dituntut oleh rakyat sebelum ini seperti kes arwah Adib, tuntutan agar mengadakan Suruhanjaya Diraja berkaitan Tabung Haji dan Felda, pelan menyelamatkan MAS dan bail-out Air Asia, penegasan kerajaan terhadap isu UEC dan tuntutan lain Dong Zong serta beberapa lagi isu yang menjadi perhatian umum sewajarnya diberi keutamaan untuk tindakan segera.

Kita sewajibnya menjunjung kasih ke atas nasihat daripada DYMM YDP Agong baru-baru ini agar kesemua ahli politik meletakkan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan sendiri amat wajar dipatuhi.

Sudah tiba masanya, Kerajaan PN di bawah kepimpinan YAB Tan Sri Muhyiddin bin Yassin mengambil keputusan politik yang berani dan realistik bagi menstabilkan ketidaktentuan politik yang ditimbulkan oleh Ketua Pembangkang.

Sebagai sebahagian Kerajaan PN, UMNO mempunyai kepentingan secara langsung bagi memastikan nasib rakyat terbela dan kedudukan ekonomi negara ini kembali berada di landasan.

Sehubungan itu, rundingan dan engagement berterusan secara mawaddah dengan semua parti berkepentingan di dalam Kerajaan PN perlu diwujudkan secara formal dan adil supaya matlamat membaiki negara ini secara bersama dapat dicapai secara berkesan.

 

  • Penulis ialah seorang Peguam Muda Kampung

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close