Pilihan EditorTwo Cents

Mesti Ada Elaun Pelajar Menjalani Latihan Industri Di Negara Ini, Menteri Pohon Teliti – LIDAH PENGARANG.

Sudah tiba masanya pelajar yang menjalani latihan industri atau praktikal di negara ini dibayar mengikut peringkat jurusan dan taraf pendidikan yang diambil !

Tidak kiralah pelajar itu dari sijil lanjutan, diploma apatah lagi sarjana muda.

Masih ramai majikan yang mengambil kesempatan bahawa pelajar-pelajar ini kena belajar susah dahulu dari bawah lagi kerana tempoh mereka hanya singkat sahaja iaitu antara dua hingga tiga bulan.

Hello ! Ada di antara pelajar ini praktikal sehingga enam bulan. Malahan ada sebahagian besar pelajar dari keluarga B40.

Lidah Pengarang tidak mahu main sentimen B40 atau keluarga miskin, tetapi pelajar ini ada hak untuk dibayar atas sumbangan mereka bekerja, idea mereka, kesungguhan mereka, komitmen mereka, perjalanan pergi dan balik, keselamatan ke tempat kerja, makan minum mereka, penat mereka dan setiap keringat yang sudah tentu menyumbang kepada organisasi terbabit.

Memang tidak dinafikan ada majikan yang prihatin. Itu sangat terpuji. Ada yang dapat RM450 sebulan, ada yang dapat RM600 hingga RM900 malahan yang agak lumayan ada pelajar yang terima sehingga RM1,500 sebulan.

Memang patut pun kerana ia sedikit sebanyak memberi motivasi dan perangsang kepada pelajar yang praktikal ini merasai suasana pekerjaan yang sebenar. Baru ada semangat betapa apa yang belajar di kampus atau institusi, benar-benar dicurah kepada mana-mana organisasi terbabit.

Majikan kena prihatin dan menghormati hak pelajar ini sebagai seorang pekerja.

Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar kena ambil tahu dan bertindak tuntas.

Lidah Pengarang berharap Menteri bukan sekadar bersedia untuk meneliti saranan supaya Akta Kerja 1955 disemak semula bagi melindungi hak pelajar yang menjalani latihan industri atau praktikal di negara ini, tetapi perlu turun padang.

Kalau melihat kelibat Sivakumar ini, dia seorang Menteri yang prihatin dan memahami masalah pekerja di negara ini. Sudah tentu pelajar yang menjadi pekerja praktikal atau sementara ini di dalam radar atau kaca matanya.

Teliti baik-baik Akta Kerja 1955, semak elok-elok dan kalau perlu dipinda, pinda mana yang baik terus bawa ke Parlimen untuk dibahaskan dan diluluskan demi kebaikan pelajar yang menjalani latihan industri atau praktikal ini.

Bagus juga Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) membangkitkan soal akta khas berkaitan elaun pelajar latihan industri diwujudkan segera bagi mengelak eksploitasi tenaga kerja.

Media sebelum ini melaporkan banyak syarikat ternama membuat kerahan kerja pekerja terhadap pelajar praktikal tanpa dibayar elaun. Susulan itu, Kementerian Sumber Manusia diminta menyiapkan laporan penuh mengenai dakwaan berkenaan. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close