Hari Raya semakin hampir, Continental Tyres Malaysia, antara perintis dan pengeluar tayar terbesar di dunia meraikan sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang dengan promosi istimewa untuk pelanggan yang dihargai.
Bagi mereka yang ingin mendapatkan tayar baharu sempena perayaan ‘balik kampung’, Continental Tyres akan menawarkan sehingga RM200 dalam bentuk kredit Touch ‘n Go e-wallet bagi pembelian tayar daripada jenama terpilih Continental, Dunlop & Viking di seluruh negara.
Pelanggan akan layak secara automatik untuk menikmati promosi eksklusif Hari Raya dengan mendaftar Total Confidence Plan (TCP) melalui aplikasi Conti TCP.
Memandangkan tawaran istimewa itu diberikan kepada pelanggan baharu serta sedia ada sepanjang tempoh Ramadan dan Aidilfitri.
TCP, pelan unggul yang menawarkan jaminan tambahan serta pakej komprehensif yang membolehkan pelanggan mendapatkan penggantian tayar satu untuk satu sekiranya berlaku kerosakan tayar berpunca daripada keadaan jalan yang tidak dijangka dalam tempoh satu tahun selepas pembelian.
Tawaran terbaharu Continental akan tersedia dari 15 Mac hingga 30 April, dengan pembelian minimum dua tayar berjenama Continental dari 15 inci dan ke atas, atau dua tayar berjenama Dunlop & Viking dari 17 inci dan ke atas.
Khas untuk kereta penumpang, kenderaan utiliti sukan (SUV), kenderaan pelbagai guna (MPV) dan 4×4 daripada mana-mana peniaga yang mengambil bahagian di seluruh negara atau di Shopee dan Lazada rasmi Continental, kedai e-dagang untuk menebus kredit Touch ‘n Go e-wallet sehingga RM200. – BH ONLINE