GovernansMalaysiaPilihan Editor

Misi Nasional Mega Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Terjemahan Komitmen Tinggi Kerajaan – Kata Kaukus Kesejahteraan Rakyat DN

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara menyifatkan langkah rakyat Malaysia yang bakal didahului YAB Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bermula esok (24 Februari 2021), bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan sebagai “keberanian luar biasa” yang terarah kepada pemulihan kesejahteraan kesihatan awam, kesejahteraan kehidupan rakyat dan kesejahteraan ekonomi negara.

Berslogankan “Lindung Diri, Lindung Semua”, kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah melaksanakan satu misi nasional mega yang bakal memastikan negara Malaysia kita yang disayangi terus kekal selamat, terjamin, sejahtera dan stabil.

Sejajar dengan komitmen tinggi yang diterjemahkan YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berserta barisan Kabinet dan kementerian yang bertanggungjawab, Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara berharap jaminan keselamatan kesihatan rakyat tidak diabaikan dalam penyertaan masing-masing bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang menelan kos hampir RM800 juta.

Pengerusi Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara, Senator Datuk Razali Idris berkata rakyat perlu terus diberikan maklumat yang benar, tepat dan pantas dalam soal pemberian dos vaksin COVID-19 yang diperolehi Malaysia seperti Pfizer-BioNTech, AstraZeneca, Sinovac, CanSinoBio dan Sputnik V.

“Justeru, pasukan respons Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) hendaklah berada di tahap kesiapsiagaan tahap tinggi untuk memastikan impak maklumat separa benar dan palsu ditangkis dan dihindari seminima yang boleh ketika negara masih berperang dengan pandemik COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan media.

Sehubungan itu, Razali yang juga Timbalan Presiden Majlis Senator Malaysia turut melahirkan keyakinan tinggi pelaksanaan mega pemberian vaksin kepada rakyat Malaysia secara berfasa yang dimulakan kepada petugas barisan hadapan, anggota kesihatan serta keselamatan, diikuti golongan berusia 60 tahun ke atas dan golongan berisiko serta kepada orang awam perlu mempunyai kaedah pemudahcara yang efisien dan efektif demi kesejaheraan rakyat secara keseluruhannya.

Bagi jangka panjang, Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara mengesyorkan kerajaan mewujudkan satu Peta Pembangunan Vaksin Negara bagi menghasilkan vaksin buatan tempatan yang mematuhi panduan antarabangsa seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), International Council For Harmonization of Technical Requirements for Pharmaceuticals for Human Use (ICH), selain garis panduan kesihatan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan Majlis Sains Negara. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close